Persatuan Seniman sejak dari dulu terkenal dengan kepincangannya. Entah di mana silapnya, masalah dalaman antara Presiden dan AJK dan mereka yang berada di sekeliling tetap juga tak jumpa jalan penyelesaian.
Baru-baru ini, kecoh pula apabila Zed Zaidi selaku Presiden membuat laporan polis terhadap bendahari persatuan iaitu Vanidah Imran kerana melarikan buku cek milik Seniman.
Terkini, Adlin Aman Ramli yang turut menyandang jawatan sebagai juruaudit telah meluahkan perasaan tak puas hati di laman Twitter miliknya semalam dengan mengutuk habis-habisan tindakan Zed Zaidi.
Dalam masa yang sama, Adlin dapat mengagak Zed Zaidi akan melucutkan jawatannya sebagai juruaudit. Dan Adlin nampak gaya macam tak kisah!
Ha ini lagi satu pesanan Adlin kepada para ahli Seniman yang telah bersetuju memilih Zed Zaidi sebagai teraju utama persatuan selama ini. Memang ada benar juga apa yang dikatakan.
Ini pula respon Zed Zaidi bila ramai yang membangkang tindakannya:
Sejak barisan ahli baharu ini dipilih sebagai anggota jawatankuasa, memang agak rumit menguruskan persatuan kerana kebanyakkan mereka pelakon terkenal. Baguslah mereka semua bersemangat untuk berpersatuan.
Bila ramai sangat yang tinggi ilmu lakonan apa yang saya lakukan sentiasa dipersoalkan dan dicari salah. Kalau mereka mahu jadi presiden, dahulu semasa pemilihan kenapa tidak mahu bertanding dan letak nama mereka.
Seniman ini sahaja persatuan yang susah kerana banyak sangat orang yang kaki bantah berbanding yang betul-betul nak buat kerja. – Suria FM
Pada pendapat kami, ada wajarnya kalau semua ahli duduk bermesyuarat dan meluahkan apa yang tak puas hati dari terus menuding jari dan berbalah. Apapun yang penting, mereka lagi tau pucuk pangkal.
ohbulan.com
No comments:
Post a Comment