Friday, 26 December 2014

Sara Ali Tidak Berniat Untuk Baik Semula dengan Fazura


Pastinya hubungan antara Sara Ali dan Fazura tidak akan dapat diperbaiki lagi selepas ini. Malah Sara Ali juga memaklumkan yang dia enggan memulihkan hubungannya yang satu ketika dahulu amat akrab dengan Fazura. Semua ini bermula apabila Fazura menerusi rancangan ‘Facing Up To Fazura’ mencerita mengenai kerenggangan hubungan mereka berdua.


Membaca kenyataan Sara Ali menyebabkan Abang Nara tertanya-tanya apakah punca kerenggangan hubungan mereka. Sampai begini sekali impaknya. Kata Sara Ali:-

Dia (Fazura) macam nak isytihar perang dengan saya dan pada masa yang sama nak nampak baik. Bagi saya apa yang dia cuba bangkitkan semula ini hal remeh. Apa-apa soalan berkaitan saya patut diajukan kepadanya. Itu lebih afdal.

Bagi saya kalau orang tanya hubungan kami okey atau tidak, jawapan saya tidak okey. Dan saya tak berhasrat nak okey balik dengannya. Saya tak pernah menyesal dengan apa yang dibuat atau dipilih. Begitu juga perkenalan dengannya yang pernah terjadi.

Bagi saya semua itu pengalaman yang mematangkan hidup. Ia bukan penyesalan. Saya lebih suka melihatnya sebagai sudut memori indah atau sebaliknya. Selama ini pun saya hanya berdiam diri dan tak mahu memperbesarkan perkara ini.

Dia yang besarkan isu ini dan apa saja terjadi antaranya dengan saluran berkenaan, tu masalah mereka. Memang asalnya saya setuju untuk berjumpa dengan dia tapi selepas dapat tahu ada perkara yang saya tak suka… maka saya ubah fikiran.

Bagi saya hanya kerana program ini, saya simpulkan publisiti baik atau buruk, saya terima. Saya tak rugi apa-apa. Tak fasal satu Malaysia kenal saya yang tak popular ini. Saya tak rasa malu pun, dia yang patut sedar. Lepas ini saya nak tutup isu ini dan tak perlu dipanjangkan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog