Saturday 4 October 2014

Jambatan Kaca Yang Dasyat



Jurutera di China telah membina sebuah jambatan gantung kaca yang berada 180 meter dari atas tanah di daerah Pingjiang, di wilayah Hunan, selatan China.

Struktur jambatan gantung ini sepanjang 300 meter antara dua puncak berbatu, dan ia benar-benar bergerak apabila angin bertiup.

Jelas seorang pelawat yang bernama Fancy menyertai kelab mendaki batuan-tinggi. "Saya pada mulanya merasakan yakin tapi lama kelamaan saya semakin merasa lemah pada lutut, "kata Yun Ku, 23, yang melintasi skywalk kaca.

Beliau menambah: 'Saya terpaksa kembali apabila ia mula bergerak dan memerlukan banyak dorongan daripada teman lelaki saya. Saya fikir saya akan merasa cair di atas jambatan. Kaki saya tidak akan bekerja. '

Bagi sesiapa merasakan lumpuh oleh ketakutan maka kakitangan yang dilatih khas membantu bersama-sama untuk menggalakkan mereka untuk menamatkan perjalanan.













sumber:dairishare

Friday 3 October 2014

(3 GAMBAR) Gadis Cantik Yang Sertai Tentera Di China Jadi Kegilaan Ramai


Kehadiran wanita cantik dalam sebuah institusi tidak menjadi hal yang tidak asing lagi. Bukan hanya polis yang mempunyai polis wanita yang boleh memikat hati kaum adam. 

Seorang gadis di China bernama Joyin berjaya menarik perhatian ramai. Tidak hanya dalam China, kecantikannya memperoleh kemasyhuran antarabangsa ketika foto-fotonya dimuat naik dalam beberapa laman media sosial. 

Foto-foto itu yang diambil oleh Yan Jiajun dari Universiti Zhejiang di China. Ia memang rutin mengambil gambar upacara indoktrin * tentera setiap tahun dan memuat naik di media sosial. Tahun ini, heboh di katakan oleh orang ramai yang terpikat melihat seorang gadis cantik dalam foto yang dimuat naik oleh Jiajun. 

Seperti yang dilaporkan oleh laman Rocketnews24, Minggu, 28 September 2014, beberapa orang bahkan mengulas bahawa mereka tidak keberatan untuk menyertai tentera hanya untuk dia. Saat melihat beberapa fotonya sedang melakukan latihan, anda akan merasa ini adalah sesi foto dengan tema tentera, bukan seorang anggota tentera.







sumber;dairishare

Kepala Gadis Tersepit Pada Pintu Bas


ANHUI - Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.


Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup pintu bas. Ini menyebabkan kepala gadis itu tersepit dan terpaksa menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu bas tidak menyedarinya.


Mujurlah beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.


Sebaik sahaja berjaya melepaskan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan.

NFL Dikecam Kerana Kenakan Penalti Kepada Pemain Islam Yang Sujud Syukur





Syujud syukur biasanya dilakukan oleh umat Islam setelah merasa bersyukur diatas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.


Bagaimanapun Husain Abdullah selepas dia dikenakan penalti setelah Husain sujud syukur di atas padang dalam perlawanan pada Isnin lalu.


Namun selepas itu Liga Bola Rempuh Kebangsaan (NFL) yang menerima kritikan terpaksa memohon maaf kepada pemain beragama Islam tersebut,


Husain yang juga pemain Kansas City Chiefs dikenakan penalti 15 ela dalam perlawanan menentang New England Patriots.


Menurut Naib Presiden NFL, Michael Signora, Husain tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan perbuatan atas sebab-sebab agama.


Malah mengikut peraturan, pemain yang sujud ke tanah tidak melanggar sebarang peraturan dalam permainan berkenaan.


Perkara berkenaan turut diakui oleh bekas Naib Presiden NFL, Mike Pereira dalam twitternya sebelum ini.


“Tunduk sujud selepas permainan utama adalah perkara biasa dalam NFL, malah bekas pemain Tim Tebow (kristian) turut duduk berlutut, tidak pernah dikenakan sebarang hukuman,’’ kata Pereira.


Justera tindakan pengadil mengenakan hukuman berkenaan disifatkan sebagai mencabul hak keagamaan seseorang.


Dalam pada itu, Husain, yang turut berpuasa dan mengerjakan Haji pada 2012 bersama abangnya yang juga bekas pemain NFL, Hamza Abdullah belum memberikan komen mengenai kontroversi berkenaan.




Sumber: Siakapkeli.com

(6 GAMBAR) KERANA CEMBURU: " Sekarang Orang Akan Panggil Kamu Chucky"



Wilayah Formosa, Argentina - Kerana kelihatan terlalu cantik, seorang gadis, Julia Alvarez, 15, diserang oleh dua orang budak perempuan lain ketika dia sedang berjalan pulang dari melawat rakannya.

Menurut kenyataan dari gadis terbabit, dua orang budak perempuan terbabit, yang masing-masing berusia 16 dan 18 tahun menumbuk dan menjatuhkannya ke atas tanah.

Kemudian mereka mengeluarkan pisau dan berkata "Semua orang kata kamu cantik, Kamu takkan kelihatan cantik lagi selepas kami selesai dengan kamu. Sekarang orang akan panggil kamu Chucky".

















Julia kemudiannya berkata kedua-dua budak itu menyerangnya dengan pisau secara bertubi-tubi di badan dan muka.

Julia telah menerima banyak jahitan di muka dan di badan. Salah satu luka di bahagian belakang badan Julia sahaja memerlukan 20 jahitan. Bayangkan sajalah berapa lagi jahitan yang diperlukan Julia dibahagian lain.

Gambar Julia telah menjadi viral di Facebook apabila ia dimuat naik oleh kakaknya yang geram dengan tindakan polis tempatan yang tidak mahu menyiasat kes tersebut.

Sumber : nexofin.com

Anjing Yang Suka Berjalan Seperti Model Manusia


Ini bukan cerita catdog, mahupun pertunjukkan anjing gila. Namun pada kali ini, Seekor anjing ini merupakan jantina betina bernama Lulu gemar berjalan menggunakan kedua-dua kaki bahagian belakangnya, seolah-olah seperti manusia. Difahamkan, anjing ini tinggal bersama tuannya di negara China.

Anjing berusia 1 tahun itu menggunakan kaki belakangnya untuk berjalan, sementara dua lagi kakinya digunakan untuk membawa beg tangan, sambil bergaya seperti seorang model, haiwan ini telah memenangi hati orang ramai di Zhumadian, di daerah Henan China di mana ia boleh selalu dilihat berjalan dengan cara yang aneh berbanding anjing-anjing lain.



Namun tidak diketahui mengapakah anjing ini mula berjalan sedemikian rupa. Seorang bekas guru yang kini meriupakan seorang pesara Zhou Guanshun, pemilik Lulu berkata, gaya jalan Lulu yang luar biasa ini menjadikannya sebagai seekor haiwan yang sangat menarik perhatian.
Menurutnya “Kami tiba-tiba jatuh cinta padanya”.


Lelaki Tua Ini Tidak Pernah Membasuh Rambunya Selama 26 Tahun


Setiap orang perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan. Jadi tidak boleh tidak, orang yang menetap di Malaysia perlu mandi sekurang-kuranya 2 hari sekali bagi memastikan badan sentiasa bersih. Percayakah anda bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak pernah mencuci rambutnya selama 26 tahun. Tetapi apabila orang kampung bertindak mencuci rambutnya, ternyata air basuhan tersebut tersangat kotor. Ish.. boleh termuntah!

Seorang lelaki berumur 80 tahun membuat keputusan untuk membasuh rambutnya buat pertama kali dalam tempoh 26 tahun. Lelaki itu, Mr Luo berasal dari sebuah perkampungan kecil di bandar Chong Qing, China.Habis satu kampung dikerah Mr Luo untuk mencuci rambutnya itu. Sebanyak 3 paket serbuk pencuci digunakan dan memerlukan kira-kira 5 jam proses mencuci! Nampak tak betapa berkaratnya rambut Mr Luo ini?

Entah macam mana dia boleh bertahan tak mandikan rambut.

Bebola Rambut Yang Besar Ditemui Dalam Perut Remaja Perempuan


Kyrgyzstan: Bebola rambut seberat 4 kilogram telah dijumpai di dalam perut seorang remaja perempuan, Ayperi Alekseeva, 18 sekaligus menjawab mengapa dia tidak boleh minum dan makan.


Perkara tersebut terjadi adalah susulan daripada tabiat pelik dan menjijikkan wanita tersebut yg mana suka mengutip rabut yg gugur dijumpainya diatas permaidani sebelum mengunyah dan menelannya.

Keadaan itu berlarutan selama bertahun-tahun hinggakan dia mengalami penghidratan yg teruk dan kekurangan zat makanan. Ia juga menyebabkan Ayperi hampir mati.

Menurut doktor yg merawatnya,Bahadir Bebezov, ibu bapanya membawa remaja itu ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan dan tidak boleh menelan makanan.

Dia akan mengalami kesakitan yg amat sangat meskipun hanya minum air.

“Ketika dia tiba di hospital, Ayperi langsung tidak boleh minum air dan dari situ kami sedar dia perlu dibedah selepas pembedahan dijalankan.

“Perutnya membengkak dan sebaik sahaja kami memotong perutnya, bebola rambut itu terus keluar,” katanya.

Selain tabiat pelik menelan rambut itu, Ayperi sebenarnya tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan seorang remaja yg normal.

Dia kini sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan dan berjanji tidak akan menelan SERTA mengunyah rambut lagi selepas ini.

Dalam pada itu, doktor memaklumkan rekod perubatan sebelum ini menunjukkan tidak ada bebola rambut sebesar itu ditemui dalam tempoh 50 tahun.



Punca Sebenar Mengapa Budak Jatuh Siling Sekolah Didedah

Punca Sebenar Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah | Hari ini kita didedah dengan satu berita kematian seorang remaja sekolah yang jatuh dari dewan Sekolah Syed Alwi setinggi 30 meter.

Akibatnya, ada dikalangan pembaca yang menuduh remaja tersebut nakal dan suka ponteng kelas tanpa mengetahui status sebenar. Bagaimanapun ada yang tampil menjelaskan keaadaan.


Antaranya ialah dari seorang pengguna yang menggunakan nama Mawaddah Zainuddin mendakwa, remaja tersebut dan beberapa rakannya sebenarnya mahu mengambil bola takraw yang tersangkut disiling dewan.


Bagaimanapun, satu lagi komen pembaca Syazwan Aiman mengatakan remaja tersebut sebenarnya menjadi mangsa buli rakannya.


Beliau dikatakan mahu mengambil bekas pensil yang diletak diatas syiling itu. Remaja tersebut juga dikatakan dari kalangan keluarga susah dan anak yatim. Menurut info, semasa jatuh, allahyarham masih lagi memegang erat bekas pensilnya itu.




Sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling dewan sek... kwn dri perlis msg kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik... masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu..jatuh dri 30kaki tu...
melampau betul gurauan budak2 skrg...


budak susah...dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...


kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat... masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat...bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam


Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.


[9:04PM, 01/10/2014] Skpa Yospi: Dgr crita dia ni bdk baik d sek....


Dia x pecah msk dewan tapi cikgu dr seknya ckp ada bdk lain sorok pencil boxnye & dia naik utk ambil pencil box tu. Dikatakan masa jatuh d tgn masih terpegang pencil box


Smoga cikgu nya tak dipersalahkan CUAI mnjaga pelajar..


Dewan tu mmg ditutup smentara drpd kegunaan utk dijadikan surau sementara... tu sbb ada sejadah apa smua... ( paste dr kwn)


Al Fatihah.....
As salam tuan/puan.

Makluman awal SDR pelajar sekolah menengah keb syed alwi kangar perlis.
Repot maklumt pertama:kangar rpt 6413/14 (ccc perlis)

Si mati: nama muhammad hakimi bin zulkifli kp:990603-02-5553,penjaga:zallyismandy bin ismail,alamt:no 3 lorong 2 tmn teratai kgr pls no


Ringkasan kes:
-mangsa pelajar tingkatan 3 smk syed alwi
-mangsa tiada masalah disiplin di sekolah
-mangsa dipercayai hadir ke sekolah dan kemudian MIA sehingga waktu rehat
-berpakaian sukan sekolah sms kejadian
-dipercayai mangsa memanjat dewan sekolah dan kemudian terjatuh akibat drpd siling yg pecah

-mangsa merupakan anak yatim
Apapun, marilah kita semua sama-sama menghadiahkan surah Al Fatihah buat allahyarham Muhammad Hakimi bin Zulkifli semoga beliau ditempatkan diklangan muslimin yang beriman dan beramal soleh. - kezoom.blogspot. com

Pondan Penat Jadi Perempuan Minta Simpati Biaya Pembedahan Jadi Laki Semula


London: Seorang pondan yang sebelum ini mendapat sokongan penyanyi Katie Price untuk melakukan pembedahan jantina bernilai £10,000 (RM53,000) kini memohon Tabung Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) membiayai satu lagi pembedahan untuk kembali menjadi lelaki.

Chelsea Attonley, 30, yang dilahirkan sebagai lelaki dan dinamakan Matthew mendakwa kehidupan sebagai perempuan ‘terlalu meletihkan’ dan mengharapkan pembedahan berjumlah £14,000 (RM74,000) itu dibiayai wang pembayar cukai melalui NHS.
Dia yang menukar namanya pada 2008 selepas pembedahan membesarkan payudara memberitahu majalah Closer bahawa dia letih berpakaian dan berkelakuan seperti wanita, tambahan pula tidak pernah diterima sepenuhnya sebagai perempuan oleh orang sekeliling. 

Sehubungan itu, dia mahu melakukan pembedahan mengecilkan payudara selain mendapat alat sulit lelaki palsu.


“Memang sejak kecil saya mahu menjadi perempuan, namun hakikatnya saya tidak akan menjadi wanita sebenar tidak kiralah berapa banyak pembedahan dilakukan,” katanya.


“Malah saya turut mengalami kemurungan akibat pengambilan hormon. Lebih baik saya terima saja hakikat saya dilahirkan sebagai lelaki,” katanya.

Chelsea yang mengalami krisis identiti sepanjang membesar memilih menjadi pondan dikenali sebagai Miss Malibu sebaik dewasa.

Dia juga pernah mengalami kemurungan selepas usahanya melakukan pembedahan jantina ditolak doktor.

Bagaimanapun, Chelsea yang kerap meniru gaya Katie dengan memakai kasut tumit tinggi serta rambut palsu sepertinya kemudian terserempak dengan idolanya itu di sebuah kelab malam pada 2007.

Semangatnya kembali berkobar-kobar untuk melakukan pembedahan selepas Katie memberi galakan dan dia berjaya memujuk doktornya membuatnya.

Malangnya, tujuh tahun selepas pembedahan itu, Chelsea mahu kembali menjadi lelaki tanpa mengeluarkan wangnya sendiri.

Pertubuhan Pembayar Cukai (TPA) berkata NHS tidak patut melayan permintaan Chelsea itu.

Pengarah penyelidikannya Alex Wild berkata: “NHS perlu menapis kes-kes yang memang memerlukan rawatan berbanding pembedahan yang dibuat sekadar untuk memenuhi kehendak kecantikan.

“Cukuplah wang pembayar cukai dibazirkan,” katanya.

Sementara itu, Chelsea tidak langsung menunjukkan rasa bersalah kerana mahu NHS membiayai pembedahannya untuk kembali menjadi Matthew. - Agensi

sumber: Hmetro.com .my

Thursday 2 October 2014

10 Penemuan Aneh Drt Takeshi Yang Menggemparkan Dunia



Bumi semakin tua, tetapi masih banyak sekali misteri yang belum terungkap yang masih menjadi rahasia alam bagi kita selaku manusia yang mendiami bumi ini. Atau juga mungkin keunikan atau keanehan itu sendiri sebenarnya berada tidak jauh dengan kita.


Dr Takeshi Yamada, pengkaji yang berasal dari Jepun, yang melakukan kajian dan perjalanan yang mungkin sudah mengelilingi sebahagian dari dunia ini, menemukan 10 makhluk aneh yang mengegarkan dunia ilmu pengetahuan.




Mari kita lihat semua penemuan aneh dan ajaib dari Dr Takeshi Yamada :




1. Vampire Monkey




Salah satunya adalah monyet vampire di China. Seperti yang kita ketahui tentang vampire, maka hidup monyet vampire ini tergantung dari menghisap darah makhluk lain. Yang menjadi keunikan dari mahluk ini adalah, setiap pergerakkan dan aktivitinya sebahagian besarnya banyak menggunakan tangan, sepertimana manusia. Spesies ini diyakini sebagai mata rantai yang terputus dari evolusi manusia sehingga berbentuk seperti sekarang. Keunikan yang lainnya, mahkluk ini membuat sarangnya sama seperti burung, dengan cara menenun sarangnya.




2. Siput Cupachabra (cupachabra snail)




Penemuan berikutnya adalah keong raksasa yang ditemui oleh Dr Takeshi Yamada dari laut terdalam. Kakinya yang mirip seperti chupacabra, oleh kerana itu diberi nama siput chupacabras.




3. Giant Carniverous Snail




Penemuan selanjutnya adalah siput pemakan daging yang terbesar di dunia yang ditemui pada awal tahun 2007. Siput ini juga mempunyai senjata maut, iaitu racun yang dikatakan boleh membunuh mangsa.




4. Blue Merman




Salah satu penemuan yang mengerikan adalah blue merman yang ditemui di Pulau Sado. Spesis ini mirip spesies kadal atau bunglon. Tangan makhluk ini berbahaya yang boleh mengembang. Apabila usianya semakin bertambah, makhluk ini akan menjadi mirip seperti kodok.




5. Bayi aneh (two headed)




Mumia bayi berwajah dua ini kini berada di Musium kedoktoran di Coney Island Hospital.




6. Ular Laut Raksasa (Giant Sea Serpent)




Penemuan ular laut raksasa di dasar laut Pulau Awaji.




7. Ancient Horsea Crabs (Kepiting Ladam).




Dua spesies baru kepiting ladam yang dikatakan hidup masa pra sejarah sekitar 400 juta tahun lalu. Beberapa waktu yang lalu kepiting purba ini ditangkap oleh kumpulan pengkaji dasar laut dari Universitas Higashi Osaka Jepun. Masih ada 4 spesies epiting purba yang dikatakan hidup 250 juta tahun lalu.




8. Semut Berwajah Manusia (Human Faced Ants)




Semut berwajah manusia. Ada banyak semut-semut berwajah manusia yang ditemukan di India, melebihi di negara manapun. Salah satu contohnya adalah yang dimiliki dr Takeshi Yamada yang merupakan hasil ekspedisi tahun 2004. Coney Island Anthropoliogical Institute juga memiliki koleksi ini.




9. ST.Helena Giant Earwig




Makhluk yang berasal dari St Helena ini, dikatakan telah pupus pada beberapa dekad yang lalu kerana pembangunan pelabuhan udara antarabangsa di sana. Para ilmuwan dan pemerhati entomologists melakukan protes dalam beberapa tahun terakhir pembangunan sebelum pupusnya spesies ini. Kajian yang dipimpin oleh Dr Takeshi Yamada pada 2005 menemukan beberapa spesies baru earwigs raksasa. Kajian ini merupakan sebahagian dari program yang dilakukan di Coney Island University.




10. Duyung Fiji (Fiji Mermaid)




Makhluk dengan kaki mirip putri duyung ditemukan di Shikoku, Jepun. Dipanggil Ningyo Shinko kerana makhluk tersebut dianggap oleh masyarakat setempat sebagai kiriman para dewa. Banyak tempat keramat agama Shinto dan kuil Buddha mengabadikan Duyung ini sebagai makhluk suci.






Sumber: Jelajahunik.us

Susuk Tubuh Hantu Dirakam CCTV Polis Kes Pembunuhan



Kejadian aneh dan menakutkan dilaporkan terakam dalam sebuah kamera cctv Polis. Peristiwa aneh itu adalah terakamnya Susuk tubuh makhluk ghaib oleh kamera pengintai tersebut.

Kejadian ini pertama kali disedari oleh Polis bernama Karl Romero. Lelaki ini bekerja di pejabat polis wilayah Espanola, New Mexico.

Pada mulanya Romero menyangka, apa yang terakam di cctv itu adalah seekor serangga. Namun, sesaat kemudian dia baru sedar bahawa susuk tubuh itu lebih menyerupai makhluk halus.

Kelihatan susuk tubuh tersebut sedang menyeberangi sebuah jalan. Romero pun mengambil kesimpulan roh yang ditangkap kamera ini adalah roh dari seorang warga tempatan yang mati akibat dibunuh.

"Saya percaya itu merupakan susuk tubuh hantu," jelas Romero seperti dipetik dari Mirror, Isnin (29/9/2014).

"Saya belum boleh memastikan tapi saya tahu ada sebuah kes pembunuhan yang belum diselesaikan," lanjutnya.

Kenyataan Romero memang tidak boleh diterima akal sihat. Namun, lebih mengejutkannya lagi pengalaman ghaib tersebut juga dirasakan sejumlah orang yang bekerja atau tinggal di kawasan di mana hantu tersebut terakam CCTV.



Raisyah Rania Dikecam Peminat Kerana Ambil Gambar Sejadah






Pelik juga dengan cara pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis terus membuat penilaian terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia.


Setiap foto yang dimuat naik oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yang sengaja mencari kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan ibadahnya.


Terkini, foto Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata mereka, Felixia solat di hujung waktu?


Mungkin caption yang ditulis oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para pengikutnya untuk membuat anggapan sedemikian rupa.


Kita tak tau sama ada Felixia memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi tak salah jika teguran dibuat dengan cara yang berhemah.






Bagaimanapun, ada juga individu yang memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam.


Kami turut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan. Tidak semua orang sempurna, apatah lagi Felixia yang masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim.






Credit - Pahang2day

(8 GAMBAR) Perubahan Gadis Gemuk Kepada Gadis Kurus Yang Sangat Cantik

Joanne Cooper yang berusia 31 tahun  menderita dari penyakit polycystic ovary syndrome (PCOS) semasa dia masih remaja. Ini menyebabkan berat badannya meningkat dengan mendadak dan doktor-doktor memberitahu bahawa dia takkan dapat melahirkan anak. 

Joanne menggunakan kata-kata doktornya sebagai pembakar semangat untuk mengubah dirinya. Dia melalui pembedahan gastric bypass dan menurunkan 85kg berat badannya.






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog