Monday, 29 September 2014

Bapa KEJAM Cekik Cincang Dan Buang Mayat Anak Dalam Tandas Awam Sebab Tidak Dapat Keputusan Baik



Seorang lelaki telah bertindak kejam dengan mencekik anaknya sehingga mati sebelum mencincang mayat mangsa lalu membuangnya ke dalam lubang tandas awam.

Zhang Li melakukan semua itu hanya kerana anaknya yang dikenali Sutain telah bertindak memalukan keluarga mereka selepas tidak mencapai keputusan baik di sekolah.

Dia membuang mayat anaknya yang sudah dicincang itu di tandas awam yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di Bandar Wengzhou, wilayah Zhejiang, timur China.
Jiran kepada Zhang yang disoal polis menyatakan lelaki itu tidak berusaha untuk mencari Sutain tetapi dilihat gembira dengan ketiadaan anaknya itu.
Tiga hari selepas laporan itu dibuat, polis menemui mayat mangsa selepas seorang pekerja penyelenggaraan membuat laporan menemui tangan manusia ketika membersihkan tandas itu.
Selepas disoal siasat, bapa yang tidak berperi kemanusiaan itu mengaku telah membunuh anaknya dan kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog