Friday, 26 September 2014

SERAM! Misteri Patung Pengantin Las Pascualita Yang 'Hidup'



Jika anda melihat ‘mannequin’ atau patung pengantin yang dinamakan La Pascualita, anda pasti mengatakan ia antara yang tercantik pernah dilihat di butik pakaian.

Dengan bola mata yang bulat dan bersinar serta raut wajah yang menarik, patung ini mampu menarik sesiapa sahaja yang memandangnya.

La Pascualita yang ditempatkan di bandar Chihuahua, Mexico ini ternyata mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Legenda tentang "Si Kecil Pascualita" ini bermula pada 25 Mac 1930. 

Kedai pakaian pengantin di Bandar Chihuahua tersebut memaparkan boneka model pakaian terbaik pada masa itu. Pada awalnya, ramai orang yang terpaku melihat kecantikan boneka bergaun pengantin tersebut. 

Namun, lama-kelamaan apabila diperhatikan La Pascualita semakin mirip dengan manusia. Boneka model ini juga mempunyai garis telapak tangan dan kuku. Bahkan mirip dengan pemilik kedai, Pascuala Esparza

Persamaan itu membuat penduduk setempat semakin yakin bahawa mannequin tersebut dulunya manusia. Mereka percaya boneka yang berusia sekitar 75 tahun tersebut adalah mayat anak Esparza yang dijadikan mumia. 

Kononnya, "Little Pascuala" meninggal di hari perkahwinannya akibat digigit labah-labah hitam beracun. Rasa sayang Esparza terhadap anaknya membuat ia tidak rela menerima kematiannya.  Mayat gadis tersebut kemudiannya diawet dan dipakaikan pakaian pengantin oleh Esparza.

Ramai yang percaya tentang keanehan ini. Kerana, Boneka ini secara rutin diperiksa oleh pakar khas, supaya keadaan La Pascualita tetap utuh.

Teori ini tambah menarik apabila pelbagai cerita seram yang berkaitan dengan La Pascualita tersebar termasuklah ia sering berubah posisi dengan sendirinya pada waktu malam. Sejumlah penduduk setempat mengaku pernah melihat La Pascualita berkeliaran di tengah malam. Ada yang berkata, pekerja kedai akan menemui boneka berubah kedudukan di pagi harinya .. 

Bagaimanapun, kajian oleh sebuah muzium menafikan dakwaan itu atas alasan mustahil mayat manusia yang diawet boleh kelihatan terlalu sempurna.






Khabarnya, sesiapa yang melihatnya akan terus mengeluarkan keringat di dahi bila bertembung mata dengan boneka misteri ini. Selepas itu, mereka akan merasa seolah sentiasa dipandang oleh "Si Kecil Pascualita" selama berada di dalam kedai.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog