Seorang lelaki membunuh dirinya gara-gara teman wanitanya membeli-belah tak henti-henti. Tao Hsiao, 38 tahun menemani teman wanitanya membeli-belah sempena sambutan Krismas di sebuah kompleks beli-belah di Xuzhou, Jiangsu di China.
Selepas 5 jam membeli-belah tanpa henti, Tao mengajak teman wanitanya pulang ke rumah.
Tao memberitahu kepada teman wanitanya bahawa dia sudah pun
mempunyai jumlah kasut yang banyak di rumah dan cukup untuk sepanjang hayat,
jadi tidak berbaloi membeli lagi malah adalah membazir.
Namun teguran itu
bertukar menjadi pertengkaran yang teruk.
Teman wanitanya memaki hamun Tao
dengan mengatakan lelaki itu kedekut dan mencemarkan konsep Krismas.
Tao yang tertekan mengakhiri drama maki hamun itu dengan
menghempaskan beg ke lantai lalu terjum melalui balkoni. Terjunan itu
menyebabkan Tao terhempas ke atas hiasan Krismas dari tingkat tujuh dan mati
serta-merta di tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment