Wednesday, 28 January 2015

Anak Kerak- Ilmu Hitam Yang Menyeramkan



Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan.

Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung.


Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan.

Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.

Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk pantai timur untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali.

Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk Pattani.

Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik.

Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar.

Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.

Anak kerak ini biasanya dibeli dari Tok Cha siam atau Tok Bomoh.

Popularnya di Malaysia area Kelantan dan Kedah.

Terdapat beberapa grade (semakin kuat semakin mahal).

Tujuanya pelbagai, biasanya digunakan untuk pelaris (sehingga menutup kedai-kedai orang lain), pengasih, pendinding (kebal, kuat, hebat) dan untuk khianat orang lain.
Popular juga orang menggunakan anak kerak ini untuk bermain nombor ekor dan mahu cepat kaya.

Grade paling rendah di ambil dari janin dan dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah ditapakan dan dibentukkan ke dalam acuan dijadikan patung kecil lalu dimasukkan ke dalam botol yang dipecahkan kepada grade-grade yang lebih kecil supaya semua orang mampu memilikinya.

Manakala grade paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan dan dibalut kain kuning.

Orang yang beli anak kerak ini akan diberi syarat perjanjian oleh Tok Cha. Antaranya kena beri MAKAN kepada anak kerak ini. Kalau tidak diberi makan maka akan mengamuklah anak kerak ini terhadap tuannya.

Anak kerak yang paling “power” dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh.

Mereka menggunakan beberapa “bodypart” (anggota/panca indera) janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh.

Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka Tok Bomoh boleh tahu dengan menggunakan “bodypart” seperti mata janin disihir ke mata si mangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm “spycam”.


Toyol dan Anak Kerak
Dua jenis yang hampir sama tapi tak serupa dan tugasnya berbeza. Toyol tugasnya mencuri duit manakala Anak Kerak tidak membuat kerja-kerja tersebut. Anak Kerak lebih pada kerja ala-ala “James Bond” dan berprofil tinggi. Anak kerak susah dikesan kerana kelicikkanya, hanya perawat yang benar-benar mengetahui punca, baru anak kerak ini akan muncul. Tanpa mengetahui punca, maka berulang-ulanglah perawat akan meruqyah pesakit dengan muka “blur”. Manakala Toyol boleh dikesan dan dihalang dengan mudah dari menggangu si mangsa.

Tanda Diganggu Anak Kerak
Pada yang boleh melihat alam ghaib boleh mengenal pasti Anak Kerak ini, kulitnya kekuningan, kepala botak , mulut air liur meleleh-leleh dan mata merah.

Diruqyah tidak mendatangkan kesan

Tanda gangguan dalam sedar – Seperti sihir biasa, susah hendak dikesan ia dari angkara Anak Kerak. Kadangkala terperasan di hujung mata kelibat paras lutut melintas.

Tanda ketika tidak sedar – kerasukan yang sangat keras dan adakala akan menyebut SUSU, IBU, EMAK bilamana anak kerak itu telah hampir tewas.

Pesanan Dari Kami !!!!
Sesungguhnya perbuatan ini adalah HARAM dan SYIRIK. Pembaca dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya kerana esok nak mati susah!!! Benda ini perlu DIWARISKAN dan menjadi SAKA. Jangan tersilap langkah.. Sekali silap sampai bila-bila anda akan menderita. Bahkan anak cucu yang tidak mengetahuinya juga bakal menderita.



Wallahualam…


mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog