Friday, 30 January 2015

Adik Neelofa Minta Maaf Atas Ketelanjuran Katanya Di Gambar Neelofa

Salah satu perkara yang menjadi topik bualan ramai apabila Neelofa memuatnaik gambar ubun-ubun kepalanya dipegang oleh bapa saudaranya ialah komen yang dikeluarkan oleh adiknya, Ameera. Komen tersebut memang agak kasar dan mengejutkan orang ramai yang membacanya. Mana tidaknya, ramai yang tak menyangka gadis berwajah lembut seperti Ameera sanggup mengeluarkan kata-kata maki hamun yang amat kesat. 
Antara komen-komen yang ditujukan kepada Ameera selepas komen tersebut dimuatnaik ialah ‘muka cun, tapi perangai tak cun‘, ‘perangai pun kenalah secantik wajah‘ dan ‘tak sangka Ameera sanggup cakap macam ini‘. Buat yang terlepas pandang, berikut ialah komen adik Neelofa.
amera Menyedari kesilapannya, Ameera telah membuang komen tersebut dan kini tampil dengan permohonan maaf yang panjang lebar.
ameera
Bukan mudah mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, namun itulah yang telah ditulis oleh Ameera di dalam permohonan maafnya. Semoga perkara yang sama tidak berulang lagi. Memang tak molek sebenarnya lebih-lebih lagi apabila anda merupakan seorang adik kepada selebriti popular. Apa pun, jadikan ini semua sebagai pengajaran. Tahniah kerana mengakui kesilapan anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog