Monday, 26 January 2015

Kanak-Kanak Sempat Hubungi 911 Selepas Ditembak Di Kepala Oleh Bapanya

Jonathon Walker, 34, (kiri) menembak mati anaknya, Kayla Walker, 7, (kanan), kekasih dan juga ibu kekasihnya sebelum membunuh diri.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun masih mampu menghubungi talian kecemasan 911 biarpun dalam keadaan parah selepas ditembak di kepala oleh bapanya, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, Jonathon Walker, 34, telah menembak mati seorang lagi anaknya, Kayla Walker, 7, kekasihnya, Shantai Hale, 31, dan ibu kekasihnya, Viola Warren, 62, di kediaman mereka di Queens, New York.


Mayat Shantai dan Hale ditemui bersama dalam sebuah bilik, manakala mayat Kayla ditemui di bilik lain.
Kayla Walker, 7, dan ibunya, Shantai Hale, 31, maut selepas ditembak di rumah mereka di Queens, New York.

Viola Warren, 62, yang juga ibu kepada Shantai turut ditemui mati.

Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dengan menembak kepalanya dan mayatnya ditemui di dalam kereta di kawasan hutan berhampiran Lapangan Terbang John F. Kennedy (JFK).

Menurut New York Post, kanak-kanak yang terselamat itu telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Long Island Jewish, namun sempat memberi keterangan selama 15 minit kepada polis.

Anggota Majlis Bandaraya New York, Donovan Richards ketika ditemubual menyatakan, Jonathon ada bersama rakan-rakannya sebelum pembunuhan itu.

“Dia kemudiannya memberitahu mahu membeli minuman keras dan pulang ke rumah untuk menonton televisyen bersama keluarga. Kami tak tahu apa yang membuatkan dia bertindak sebegitu apabila balik ke rumah,” katanya.


Kediaman keluarga Jonathon Walker di Queens, New York.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog