Thursday, 29 January 2015

Fazura Beri Penerangan Sebenar Mengenai Tweetnya Kepada Zizan Razak

Hujung minggu lalu selepas persembahan Maharaja Lawak Mega 2014, Nur Fazura telah menulis satu status di Twitternya. Ayat-ayat yang ditulisnya seolah-olah ditujukan kepada Zizan Razak yang telah pun mencelah percakapan ketika Fazura memberikan komen terhadap persembahan kumpulan Virus. Ramai yang membuat andaian bahawa Fazura bengang dengan sikap kekasih kepada Emma Maembong itu.



Berkata menerusi ManggaOnline, Fazura membuat penjelasan panjang lebar tentang status kontroversinya itu. Bagi Fazura, status yang dimuatnaik itu lebih kepada muhasabah buat dirinya sendiri dan bukannya ditujukan kepada Zizan. Kata Fazura:-

Saya tak tujukan kepada Zizan sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen.

Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukanlah mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri.

Saya dan Zizan adalah kawan tetapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak.

Bila isu ini timbul dan diperbesarkan, sudah semestinya ramai yang batu api dan tulis mengenai hal itu. Semua orang ada mulut tapi akal tidak semua orang ada



Fazura juga mengakui tugas sebagai juri MLM2014 adalah bukan satu tugas yang mudah. Memang susah pun nak bagi bintang kepada persembahan para peserta. Lebih-lebih lagi kepada peserta yang otai. Kata Fazura lagi:-

Sebelum saya memuat naik status itu lagi pengikut saya di Instagram dan Twitter dah bercakap mengenainya. Tetapi waktu itu saya biarkan sahaja sehinggalah saya pulang ke rumah, saya muhasabah diri sebelum tidur dan berfikir bahawa walaupun seseorang itu sudah popular, akhirnya kita manusia biasa sahaja.

Kalau orang ramai meletakkan ‘dua bintang’ itu ke atas bahu saya seorang sahaja, itu tidak wajar. Kerana itu adalah pendapat saya sebagai juri. Jangan menyalahkan penjurian itu kepada seorang juri sahaja. Tidak sememstinya pendapat saya itu sama seperti orang lain.

Pemakaian kostum, kesungguhan dan props semuanya diambil kira. Ini kerana hadiah wang tunai RM500 ribu itu satu jumlah yang besar




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog