Thursday, 9 October 2014

Gambar Selfie 5 Sekeluarga Sebelum Kemalangan Maut


Perjalanan lima sekeluarga balik kampung untuk menyambut Aidiladha yang penuh keriangan bertukar mimpi ngeri apabila terbabit dalam nahas jalan raya hingga mengorbankan dua daripada mereka.

Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, selepas Terowong Menora sekitar jam 12.05 tengah hari tadi.

Apa yang menyedihkan salah seorang anggota keluarga tersebut iaitu Muhammad Yusrizal, 25, sempat merakam gambar selfie detik gembira mereka sekeluarga sebelum kemalangan berlaku.




Muhammad Yusriman, 23, yang memandu Proton Saga BLM untuk keluarganya ketika nahas berlaku pula dilaporkan tidak henti-henti melafazkan ‘saya minta maaf mak’ ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh kerana dihantui rasa bersalah.

Yusriman mengalami cedera ringan begitu juga seorang lagi adiknya, Siti Yusliana, 12, yang cedera di tumit kaki manakala Yusrizal yang duduk di kerusi penumpang hadapan parah dan kini dirawat di HRPB.

Norhayati merupakan suri rumah manakala Siti Yuslianis masih menuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.
Ketika kejadian keluarga ini dalam perjalanan dari Bukit Sentosa, Rawang ke Lenggong, Perak yang merupakan kampung halaman Norhayati dan suaminya, Roslan Ismail yang tidak turut serta.

Mengikut laporan repot trafik, siasatan awal mendapati punca nahas disebabkan sebuah treler dari Johor Bahru menghala ke Pulau Pinang yang membawa jubin mozek menghadapi masalah brek lalu merempuh Proton Saga BLM dinaiki keluarga tersebut di lorong kanan.






Kereta mangsa diheret sejauh 100 meter sebelum terbakar dan kedua-dua kenderaan dapat dihentikan.

Akibat kemalangan ini enam kenderaan lain iaitu dua buah Proton Alza, sebuah Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz serta sebuah lori treler turut terlibat dalam pelanggaran ketika cuba mengelak tempat kejadian.
Bagaimana pun tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam rakaman ini dapat dilihat Muhammad Yusriman, 23, yang memandu Proton Saga BLM untuk keluarganya ketika nahas berlaku menelefon bapanya memaklumkan tentang kemalangan tersebut sambil meraung dan meminta supaya datang segera.


Turut dirakam usaha menyelamatkan Siti Yusliana, 12, yang tersepit di tempat duduk belakang dan mengalami kecederaan di tumit kaki.

Tonton video di bawah ini







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog