Monday, 25 August 2014
'Ulama' Mesir keluarkan fatwa halalkan lelaki intai perempuan
KAHERAH: Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi.
Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.
“Perbuatan itu boleh diterima asalkan niatnya suci,” katanya.
‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.
Kata Usamah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkan.
Bagaimanapun kenyataan itu segera dikecam ulama serta kerajaan.
Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untuk menikahi wanita tersebut.
“Di mana kemuliaan dan kewarasan Usamah membenarkan amalan mengintai wanita di bilik mandi?” katanya.
Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram.
Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita.
“Islam mengajar supaya umatnya bersopan.
“Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?” katanya. - mStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment