Monday, 9 February 2015

Wanita Cantik Bergambar Dengan Pasangan Biasa Digelar Kejar Harta


Kalau di internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan dan ketampanan, pasti ada yang akan bermulut jahat buat macam-macam spekulasi.

Begitulah yang terjadi kepada pemegang akaun Twitter @AdielaSafiYyani yang pada pandangan penulis memang cantik.

Dalam satu tweet, dia bergambar dengan seorang lelaki yang agak kurus dan wajahnya tidaklah tampan tetapi boleh tahanlah dengan begitu mesra sekali.

Seorang pengguna Twitter lain yang kami rahsiakan akaunnya kemudian membuat tweet dengan hashtag #TweetPenuhHasadDengki mengatakan bahawa lelaki yang bergambar bersama Adiela itu adalah anak orang kaya.

“Ni mesti lelaki tu kaya, takpun lelaki anak Tan Sri, Biasalah nak harta,” kata pengguna Twitter berkenaan yang berjantina lelaki.


Jawapan daripada Adiela amat mengejutkan dan membuatkan pengguna tweet bermulut jahat itu terkedu.

“Minta maaf, ni suami saya, dia kerja bawa lori je, bukan anak orang kaya, tak baik sebar fitnah, tak kenal jangan teka-teka je,”
kata si Adiela.


Memang pernah kata orang, pasangan ni kena berbeza dari segi kecantikan, baru serasi. Si isteri cantik, si suami kurang hensem, si suami hensem, si isteri kurang cantik, barulah kekal, jika diizinkan Allah.

Apapun, tindakan yang dilakukan Adiela memang matang dan tidak melenting biarpun mengkritik dirinya seperti bermata duitan mengejar kekayaan dalam mencari cinta.

Di laman twitternya juga dimuatnaik beberapa keping gambar mesra Adiela dan suaminya yang memang nampak loving.


Semoga berbahagia kepada pasangan ini, dan kepada abang-abang lain tu, doakan sahaja mereka baik dalam melayari rumah tangga.


mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog