Saturday, 14 February 2015

Malu Kerana Terjatuh, Presiden Zimbabwe Gantung Tugas 27 Pengawal Keselamatan





GARA-GARA gagal menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sehingga figura yang dikenali sebagai seorang diktator itu terjatuh, kira-kira 27 pengawal peribadi digantung tugas serta merta.

Menurut International Business Times, Mugabe, 90, tersungkur ketika turun dari podium selepas memberi ucapan kepada penyokong yang hadir menyambut ketibaan penerbangannya dari Ethiopia.


Selepas situasi tersebut berlaku barulah staf-stafnya mengerumuni untuk membantu, namun semua itu sudah terlambat.

Ada yang memaksa jurugambar memadamkan foto-foto yang telah diambil untuk tidak memalukan Mugabe namun itu semua nyata tak berjaya menghalang detik-detik memalukan ini tersebar ke seluruh dunia.

Menurut sumber sahih, insiden tersebut membawa kepada keputusan menggantung tugas 27 pengawal Mugabe yang dianggap telah gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Situasinya mudah. Kumpulan sekuriti berkenaan dilihat ‘tidur’,” ujar sumber itu.

“Banyak bahagian disiasat setelah kejadian tersebut berlaku, daripada Air Zimbabwe(syarikat penerbangan) sehinggalah ke sekuriti. Segelintirnya mungkin akan dipecat.”


Tambah memanaskan hati Mugabe, gambar-gambar sepanjang insiden yang terlepas telah dijadikan ‘bahan’ pihak tertentu yang melakukan suntingan bagi menghasilkan gambar-gambar lucu.

Dalam pada itu portal The Standard melaporkan, kejadian tersebut bukan sahaja membuktikan para pengawal tidak menjalankan tugas dengan baik malah ia menandakan mereka tidak memahami asas tugas mengawal iaitu tidak berada tiga kaki dari kedudukan presiden.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog