Saturday, 11 April 2015

Kerana Terlalu Sayangkan Anak, Pasangan Suami Isteri Simpan Mayat Anak Dalam Peti Ais


Kerana terlalu sedih dengan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun, kira-kira enam tahun lalu, sepasang suami isteri di Chongqing menyimpan mayat anak mereka itu dalam peti sejuk sejak hari kematiannya.

Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka.

Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus, Xueming memasang generator tambahan.

“Apabila saya atau isteri saya mahu bercakap dengannya, kami hanya perlu menarik kerusi dan membuka penutup peti sejuk itu.

“Pada mulanya kami melakukan perkara ini secara rahsia namun lama-kelamaan orang ramai berjaya menghidu perkara berkenaan,’’
katanya yang menolak gesaan penduduk supaya mayat itu dikebumikan .

Jelasnya, Qinyuan meninggal dunia pada usia 15 tahun kerana menghidap leukemia, dan kematiannya itu amat menyedihkan selepas mereka kehilangan anak perempuan sebelum ini.

“Pada hari kematiannya, dia begitu nazak dan saya tidak menghantarnya ke hospital kerana menunggu ambulans. Malangnya ambulans itu mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah kami.

“Ketika pasukan perubatan sampai, anak kami sudah meninggal dunia,’’
katanya yang tidak dapat menyembunyikan perasaan bersalah kerana tidak membawa sendiri anaknya ke hospital ketika Qinyuan sedang nazak.

Selepas kematian Qinyuan, Xueming berbincang dengan isterinya untuk menyimpan mayat itu dalam peti sejuk, dan selepas mendapat persetujuan daripada wanita itu, dia pun membeli peti sejuk yang agak besar. Jelasnya, isterinya yang mengalami masalah kesihatan sejak kematian anak mereka itu, sering melawat anaknya dalam peti sejuk itu.

Malah, katanya, jika isterinya runsing atau tidak boleh tidur pada waktu malam, maka dia akan melihat anaknya itu sambil berbual-bual dengannya.

“Akan tiba hari di mana saya dan isteri tidak berupaya lagi menjaga mayat itu, maka pada hari itu kami akan mengadakan upacara pengebumian yang sempurna.

“Kami akan memberikan sepenuh penghormatan kepadanya pada hari berkenaan, namun buat masa ini, lebih baik dikekalkan dengan keadaan sedia ada,’’
katanya yang bekerja sebagai tukang kayu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog