Sunday, 5 April 2015

Pengantin Lelaki Cuba Bunuh Diri Selepas Melihat Pasangan Yang Hodoh Buat Kali Pertama


Seorang pengantin lelaki muda dari daerah Hubei China amat kecewa apabila melihat buat pertama kalinya pasangan pengantinnya hingga cuba untuk membunuh dirinya dengan melemaskan diri di majlis perkahwinannya!

Kang Hu yang berusia 33 tahun telah dijodohkan untuk berkahwin dengan Na Sung yang berusia 30 tahun, wanita yang telah dipilih oleh kedua ibu bapanya, yang mana belum pernah dilihatnya. Tetapi selepas bertentang mata dengan pasangannya buat kali pertama, semasa majlis perkahwinan mereka Kang mendapati bahawa Na tidak memenuhi citarasanya yang tinggi.



Dia memegunkan semua orang di majlis itu apabila terus terang memberitahu Na Sung bahawa dia menganggap wanita itu 'hodoh', dan mendakwa boleh memburukkan imejnya. Kang terus keluar dari majlis itu dan cuba untuk melemaskan dirinya di dalam sungai.

"Ia merupakan saat yang sangat kekok bagi semua orang," kata Pal Chan Wang, tetamu majlis perkahwinan itu. "Pengantin perempuan dilihat sangat kecewa, keluarganya marah, kawan-kawan pengantin perempuan marah, dan kami kawan kepada pengantin lelaki juga berasa sangat malu."

"Kang mempunyai citarasa yang sangat tepat dan dia telah dipaksa untuk berkahwin," tambahnya.


Kedua belah keluarga mengambil masa beberapa jam mencari pengantin lelaki, sebelum mendapati dia sedang berkeliaran sekitar tebing sungai. Belum sempat mereka mendekatinya untuk memberi penjelasan dan meminta maaf, Kang Hu bertindak terjun ke dalam sungai.

"Dia bepakaian penuh dan timbul dengan kepalanya menghadap ke dalam air," kata Qan Tsui, kawan yang berjaya mengambil gambar operasi menyelamat itu. "Dia berada dalam keadaan tidak sedar dan kami menyangka bahawa dia telah mati. Apabila polis sampai, salah seorang polis terjun ke dalam sungai itu dan menariknya dengan bantuan ahli bomba yang meletakkan tali di dadanya untuk menariknya keluar dari sungai itu dan mengepam dadanya, "terangnya. "Mereka selamatkan nyawanya".


Selepas sedar dari pengsan, Kang menerangkan kelakuannya : "Saya berasa amat teruk dengan apa yang berlaku tetapi apabila saya melihatnya dia bukan seperti yang saya jangkakan dan saya sedar bahawa dia tidak bagus untuk imej saya. Ibu bapa saya telah merancang perkahwinan ini dan saya tidak dapat memikirkan apa-apa jalan keluar melainkan membunuh diri."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog