Sunday, 5 April 2015

10 Kawasan Perlancongan Indah di Malaysia Yang Wajib Dilawati!


Dengan kemudahan pengangkutan dan teknologi pada zaman sekarang ramai rakyat Malaysia yang gemar merantau dan bercuti di merata tempat sama ada di luar negara atau di dalam negara. Namun. kadang-kadang tempat-tempat yang kita pergi tidak sama seperti yang dikhabarkan. Ramai yang tidak tahu bahawa di dalam negara kita ini juga terdapat banyak tempat yang menarik untuk para pelancong.

Jom tengok tempat-tempat perlancongan dalam negara yang kita semua ptut pergi!:

#1 – Tubotel Langkawi
Langkawi antara tempat menarik di Malaysia yang patut anda lawati, tetapi dalam banyak2 tempat namun ada satu tempat yang ramai tidak tahu iaitu Tubotel Langkawi. Yang bestnya view tempat tersebut ditambah dengan keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel. Memang puas hati dan berbaloi jika anda lawatinya.




#2 – Tanah Aina Fahad, Pahang
Bagi yang jenis meminati percutian ala2 hutan atau nak lari sebentar dari kesibukkan kota, ini adalah tempat yang sesuai, bercuti dan tidur dalam khemah adalah satu keunikan yang ada pada Tanah Aina Fahad Resort ni. Yang bestnya khemah2 diaorg memang bertaraf 5 bintang. so, gerenti puas hati sambil menikmati keindahan flora dan fauna tempat tersebut.





#3 – Time Capsule Retreat, Pahang
Satu lagi tempat menarik di Pahang ialah Time Capsule Retreat yang menggunakan konsep hotel dalam paip pembentung. Menarik? Taklah, sangat menarik! Satu capsule ini hanya untuk 2 orang sahaja.



#4 – Casa Titik, Pahang
Jika anda penonton setia Teman Lelaki Upahan, pasti anda kenal sangat banglo di Cherating ini. Banglo yang diberi nama Casa Titik ini adalah banglo kepunyaan Kyra Lyda (dalam cerita TLU). Mungkin anda boleh dapatkan feel seperti cerita TLU dengan berkunjung ke banglo tersebut.



#5 – The Dusun, Negeri Sembilan
Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusun yang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.



#6 – Eight Acres, Pahang
Jika anda pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara tempat percutian menarik yang akan anda kunjungi. Di resort ini terdapat dusun buah-buahan, spa ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika musim durian, pasti puas hati!



#7 – Sekeping Serendah, Selangor
Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendah yang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.




#8 – The Shorea, Negeri Sembilan
Jika anda ke Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.



#9 – LimasTiga, Melaka
Kota A Famosa mungkin tempat paling popular di Melaka. Namun anda boleh ubah angin dengan berkunjung ke LimasTiga yang terletak di Umbai, Melaka. Resort ini menggunakan konsep kampung moden, dengan fasiliti seperti kolam renang yang pastinya digemari anak-anak anda.



#10 – Desa Balqis, Melaka
Masih di Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa Balqis beroperasi. Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat Melaka. Jika anda inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam rumah kampung yang eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog