Kemenangan Abam Bocey sebagai artis komedi lelaki paling popular dalam ABPBH 2014 menyebabkan kata-katanya ‘gemok is awesome’ menjadi trending. Kata-kata Abam menjadi perbualan hangat di media sosial dan ia juga turut menarik perhatian selebriti yang juga ahli kecergasan iaitu Kevin Zahri.
Melalui status Facebooknya sebentar tadi Kevin mengaitkan keadaan Abam dengan seorang artis komedi iaitu Allahyarham Bob Kuman. Kevin memberitahu bahawa dia sedia membantu sekiranya Abam ingin mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat:
Hmmm kalau ikut personally, saya tak suka komen isu berkaitan orang lain tapi kerana ia berkaitan kesihatan and yes, my work dan mana lah tahu post ini boleh membantu orang lain termasuk lah Abam Bocey suatu hari ini, insyallah, i shall give you my opinion.
Walaupun ramai yang lihat hashtag tersebut sebagai negatif, it does shine a light on the topic of obesity itself – any kind of publicity is good publicity, no? smile emoticon
Apa2 pun when i look at kedudukan Abam Bocey, it reminds me of allahyarham Bob Kuman yang juga membina nama sebagai pelakon/penghibur berbadan besar. Allahyarham berhubung dan berjumpa dengan saya untuk kurangkan berat badan dalam 1 tahun sebelum kembali ke rahmatullah tapi pada masa tersebut keadaan kesihatan dah pun mengganggu pergerakan dan gaya hidup beliau. Abam Bocey, walaupun masih muda, faces a different challenge.
Seorang selebriti sentiasa berdepan dengan tekanan to live up to expectation masyarakat. Tak kisah if you are Angelina Jolie, Abam Bocey or even Kevin Zahri. Once seseorang membina nama di atas penampilan tertentu, there is always pressure to kekalkannya. Itu yang membimbangkan saya untuk Abam Bocey – katakan lah beliau ingin berubah 5-10 tahun dari sekarang. The pressure of expectation or mengecewakan peminat mungkin menjadi penghalang yang terbesar – lagi2 sebagai pengasas hashtag #gemokisawesome.
Ok now, tidak perlu bercakap panjang tentang kelebihan atau kekurangkan gemok, gemuk, obes, fit dll. Soalan is bagaimana nak membantu orang yang (kita rasa) bermasalah? Secara pendek: you can’t. Ia adalah pilihan masing2. Yes kita boleh lead by example, beri nasihat dll tapi at the end of the day, ia adalah pilihan dan hak individu. Itu pun kunci kejayaan program JK1M: peserta join voluntarily dan sememangnya ingin berubah.
BUT sebagai rakan senegara, sekaum or seagama (pilih lah mana yang anda suka), saya juga ingin membantu….
So my sincere offer kepada Abam Bocey, mana2 selebriti tanah air, dan para pembaca di sini: pada waktu dan masa yang anda ingin mengubah gaya hidup (tak kira bila), saya dan keluarga JK1M sedia untuk membantu anda, insyallah.
Masih ramai yang mengalami masalah obesiti di luar sana yang hidup dengan rasa rendah diri dan tertekan dengan keadaan kesihatan diri dan persepsi masyarakat yang menyebabkan mereka berusaha untuk mengurangkan berat badan.
No comments:
Post a Comment