Saturday, 11 April 2015

"Kami Buat Keputusan Untuk Jarang Berjumpa,"- Hanis Zalikha


Baru sahaja mengikat tali pertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama sahaja lagi, Hanis Zalikha memberitahu beliau kini jarang bertemu dengan tunangnya Hairul Azreen kerana ingat pesan orang tua-tua bahawa tempoh pertunangan akan ditimpa banyak dugaan.

 Malah, Hairul juga sering mengingatkan beliau jika berlaku sebarang salah faham ataupun pertelingkahan adalah lebih baik untuk tidak menyebat perkataan putus, kerana setiap kata-kata itu ibarat satu doa.

Saya percaya apabila orang mengatakan banyak dugaan ketika berdarah manis, kerana syaitan memang tidak suka manusia melakukan perkara baik dan sebab itu setelah bertunang, kami membuat keputusan untuk jarang berjumpa dan elakkan keluar pada waktu malam.

Selain itu, Hairul dari dulu berpesan dengan saya, jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan sesekali menyebut perkataan putus atau sebaliknya kerana setiap percakapan adalah doa. Jadi saya sentiasa berhati-hati dan kami sedaya upaya menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik.


Hubungan Hairul dan Hanis menjadi ikutan ramai setelah aktres tersebut dilamar secara mengejut di siaran langsung pentas akhir konsert Gegar Vaganza. Mereka telah bertunang pada 21 Mac lalu dan bakal bernikah pada 5 Jun depan. Majlis resepsi pula akan diadakan pada tanggal 14 Jun 2015.


Lebih baik untuk kalian tidak berjumpa selalu kata orang darah manis bukan? Dugaan dan ujian yang menimpa pasangan bertunang ada kalanya berat dan menggugat rasa kasih dan sayang. Apa-apa pun, kami berharap segala persiapan berjalan dengan lancar. Amin

Sumber Berita: Media Hiburan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog