Friday, 10 April 2015

"Ramai Lagi Artis Tanpa Ikatan Sah Yang Berpelukan, Kenapa Tak Jadi Isu?"-Ozlyn


Isu Johan Raja Lawak dan Ozlyn bercium mulut di ABPBH 2014 masih belum reda lagi. Aksi tersebut dianggap tidak sopan kerana ia disiarkan secara langsung dan turut mempunyai penonton yang terdiri daripada remaja.

Susulan perkara tersebut, Ozlyn pula telah tampil dan memberitahu beliau merasa bangga dengan tindakan spontan suaminya dan menyifatkan perkara tersebut adalah rutin biasa mereka berdua untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang.


Mungkin orang ramai menganggap aksi itu keterlaluan tapi bagi kami itu biasa sebab memang jadi amalan kami di rumah sebagai cara kami tunjukkan kasih sayang dan bermanja.

Malah, amalan itu juga diamalkan terhadap anak-anak. Di rumah, misalnya kalau saya sedang lipat baju, Johan panggil saya dan dia nak saya cium dia. Malah anak saya yang sudah berusia 10 tahun, kalau dia mahu keluar rumah selepas dia minta izin dan dia akan cium papanya dulu.


Menerima kecaman yang hebat daripada peminat, Ozlyn juga mempersoalkan mengapa masyarakat tidak berani memberikan komen kepada artis lain yang turut mempamerkan kemesraan di anugerah tersebut tanpa sebarang ikatan yang sah.


Saya rasa pada malam itu ramai lagi artis lain yang tiada ikatan sah, berpelukan dan berlaga pipi, kenapa tidak menjadi isu? Itu semua terpulang pada mentaliti masing-masing.

Apa yang kami buat itu bukannya menghairahkan pun. Ia sekejap saja hanya satu dua saat. Saya bangga sebab itu perkara pertama yang terlintas di fikiran suami saya dan saya dapat sama-sama merasai kemenangan dia.




Persoalan yang bermain di fikiran Ozlyn juga ada betulnya. Kadang-kadang masyarakat suka memberikan komen berlebihan terhadap mereka yang berkahwin tetapi terus senyap seribu bahasa apabila tidak mengkritik kemesraan mereka yang masih belum punya apa-apa ikatan.

Sumber Berita: Malaysian Digest

2 comments:

  1. isunya melakukan aksi tidak senonoh dan menjolok mata dikhalayak ramai. live.
    jk dlm filem, org ramai masih boleh beranggapan ia mungkin kesan grafik komputer atau edit.

    kamu mempromosikan aski mencolok mata. bygkn jika pelancong barat dtg negara dan dgn tidak semena2 pakai bekini dipantai melakukan aksi cium bibir, ramas buah dada dan kemaluan dikhalayak ramai. lalu apb pihak bkuasa ambik tindakan kerana malakukan aksi sumbang/menjolok mata dikhalayak ramai, mrk menjawap bahawa itu adalah AMALAN BIASA mereka,bukan sahaja amalan di rumah malah memang satu AMALAN BIASA mereka bila berpiknik.

    jgn jadikan alasan amalan biasa dirumah utk berbuat kelakuan tidak senonoh. kita ada adab!
    dan
    jangan jadikan alasan perbuatan tidak senonoh org lain utk anda juga berbuat tidak senonoh!
    dan
    jangan marah org jika perbuatan anda ditegur. tapi bersyukurlah kerana masih ada yg kasihkan anda!

    ReplyDelete
  2. Hoi bonggok .. udah la tu
    ko tu public figure .. apa yg ko buat orang tiru .. faham
    ko nak comolot ke ... berjubo ke ..lantak ko la benda HALAL .. tapi tak perlu la tunjuk kat orang lain
    binggai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog