Tuesday, 7 April 2015

Misteri Kisah Sebenar Di Sebalik Kematian Marily Monroe


 Kematian bintang hollywood Marilyn Monroe telah memberikan 50 tahun yang penuh dengan spekulasi liar tentang bagaimana bintang tersebut menemui ajalnya. Dua orang penulis tersohor mendakwa mereka telah meletakkan semua spekulasi tersebut ke penghujungnya dengan bukti yang menunjukkan Bobby Kennedy telah merancang pembunuhan ikon tersebut.

Kematian Marilyn Monroe pada 4 Ogos, 1962 bukan disebabkan oleh membunuh diri tetapi pembunuhan yang dirancang oleh Bobby Kennedy bertujuan menutup mulut Marilyn yang bercadang untuk mendedahkan rahsia-rahsia kotor keluarga Kennedy yang ditulis olehnya dalam sebuah diari berwarna merah. Dan Bobby tidak bertindak sendirian. Beliau mempunyai pembantu dalam pembunuhan tersebut iaitu abang iparnya, pelakon Peter Lawford dan doktor psikitari Marilyn, Dr. Ralph Greenson yang memberikan suntikan maut ke jantung bintang tersebut.


Itu semua merupakan dakwaan yang diperincikan di dalam sebuah buku yang ditulis oleh Jay Margolis, seorang wartawan penyiasatan yang berpengalaman dan Richard Buskin, seorang penulis terlaris New York Times dengan penerbitan 30 buah buku kisah benar. Naskah tersebut yang berjudul The Murder of Marilyn Monroe: Case Closed (Pembunuhan Marilyn Monroe: Kes Ditutup) dikatakan bakal mengejutkan dunia dengan keterangan dan temu bual dari saksi di tempat kejadian pada masa itu.


“Bobby Kennedy memang berazam untuk menutup mulut Marilyn, tanpa mengira apa akibatnya”, dedah Peter Lawford, menurut penulis, yang berasa bersalah di atas pembunuhan bintang itu. “Ia adalah perkara paling gila yang pernah dia lakukan – dan saya juga sama gila sepertinya kerana membenarkan itu terjadi.” Ia merupakan satu pembunuhan yang yang didakwa disaksikan oleh atendan ambulan James C. Hall, yang tiba ke rumah bintang filem tersebut dan ternampak psikiatri Marilyn, Dr. Greenson menyuntik Marilyn terus ke jantungnya dengan cecair pentobarbital, dan dengan kejam mematahkan tulang rusuk dengan jarum tersebut.

Doktor tersebut telah dihantar oleh Bobby bagi ‘menguruskan’ Marilyn. Bobby Kennedy terlibat dengan hubungan seksual secara sulit bersama Marilyn pada musim panas dalam tahun 1962 ketika dia dihantar ke Los Angeles oleh abangnya, John F Kennedy (JFK) bagi menyakinkan bintang layar perak itu supaya berhenti menghubungi Presiden tersebut di Rumah Putih. Presiden tersebut, JFK tidak akan menceraikan isterinya Jackie hanya untuk mengahwini Marilyn.

Walau bagaimanapun, Bobby, seperti kebanyakan lelaki lain pada waktu itu, telah terpesona dengan bintang seksi tersebut dan berakhir di bilik tidur bersama Marilyn. “Ia bukan niat Bobby, tetapi petang itu mereka telah menjadi sepasang kekasih dan menghabiskan malam itu bersama-sama di dalam bilik tetamu”. Dedah Peter Lawford lagi. Helikopter keluarga Kennedy sering mendarat di pantai berhadapan rumah Lawford di Santa Monica’s Gold Coast, sebuah kawasan di Los Angeles (LA). JFK telah banyak menghabiskan masa di situ dengan menjalinkan hubungan sulit bersama bintang filem tersebut hinggakan ia digelar Rumah Putih cawangan Barat.

Sekarang tiba giliran Bobby. “Hampir serta-merta hubungan tersebut menjadi semakin erat, dan mereka mula berjumpa secara kerap,” kata Lawford. Marilyn telah menumpukan perhatiannya kepada Bobby dan mula menghubungi Jabatan Keadilan bagi mendapatkan Peguam Negara tersebut di dalam talian. Beliau kini sedang hangat bercinta dengan Bobby, yang berjanji akan mengahwininya dan meninggalkan isterinya, Ethel, menurut Lawford, walaupun adik-beradik Kennedy itu ‘bertukar-tukar Marilyn seperti bola’ dan membuatkan dia berasa seperti seketul daging.

Akan tetapi ketika Bobby mula menjauhkan diri, Marilyn telah mengugut Bobby untuk mengadakan sebuah sidang akhbar dimana dia akan mendedahkan kesemua hubungan sulitnya bersama JFK dan Bobby dan segala rahsia merbahaya yang dia tahu mengenai keluarga Kennedy dan yang telah ditulisnya ke dalam sebuah diari kecil yang disembunyikan.


Bobby berkeras untuk mengetahui di mana diari tersebut disimpan. “Kami perlu tahu!”, jeritnya kepada Marilyn, menurut Lawford. Marilyn enggan memberitahu. Tindakan pertama Bobby adalah menghubungi Dr. Greenson, doktor psikitarik Marilyn, yang juga sering meniduri Marilyn dan mengarahkan doktor tersebut mendedahkan hubungan sulit itu kepada umum.

Lawford mengetahui tentang hubungan sulit Marilyn bersama Greenson apabila dia mendengar pita yang dirakamkan oleh alat rakaman yang disembunyikan di dalam rumah Marilyn oleh FBI. “Oleh sebab itu Greenson telah digunakan oleh Bobby untuk menguruskan Marilyn”… tulis penulis. Pendedahan itu bakal menamatkan karier Greenson dan juga boleh menyebabkan dia dipenjarakan. Tetapi Marilyn tidak mempunyai niat untuk memberitahu hubungan sulitnya dengan doktor tersebut. Bobby telah membuatkan doktor itu berfikir sebaliknya.

Bobby telah membuat lawatan terakhirnya ke rumah Marilyn di Brentwood pada petang 4 Ogos, 1962 bersama Lawford yang duduk di luar untuk minum segelas champagne berhampiran kolam manakala Bobby bercakap dengan Marilyn. Ia bertukar menjadi satu pertengakaran selama 10 minit dimana Marilyn yang semakin histeria dan mengugut bahawa, pada pagi Isnin, dia akan mengadakan sidang media dan mendedahkan segalanya – membuatkan Bobby menjadi berang.

Bobby menuntut supaya tiada lagi panggilan dan surat dari Marilyn. Tidak sanggup menerima kenyataan ditinggalkan, Marilyn mula menjerit, mencapai sebilah pisau dan meluru ke arah Bobby. Lawford, yang kembali ke dalam rumah kerana kekacauan tersebut, menyambar lengan Marilyn dan menjatuhkan pisau tersebut. “Bobby fikir kami perlu memanggil Dr. Greenson ke situ,” kata Lawford. Jiran Marilyn ternampak Bobby pergi dan kembali lewat petang itu bersama dua orang pengawal keselamatan peribadinya dari Skuad Gangster yang terkemuka di LAPD yang melakukan aktiviti haram untuk LAPD tanpa sebarang rekod.

Salah seorang pengawal tersebut menembak Marilyn di bawah lengan dengan menggunakan intramuscular pentobarbital (Nembutal) untuk menenangkannya – setelah dia dicampak ke lantai oleh Bobby, yang membuat kenyataan kepada doktor yang didakwa oleh penulis sebagai satu pengesahan bahawa Bobby dan Lawford berada di dalam rumah tersebut.


Ketika Marilyn tidak sedarkan diri, Bobby dan Lawford mengeledah seluruh rumah bagi mencari diari kecil bewarna merah tersebut. Suntikan Nembutal tersebut tidak cukup kuat untuk menenangkan Marilyn untuk masa yang lama “lalu dua orang pengawal LAPD tersebut memegang Marilyn, menanggalkan semua pakaiannya, dan memberikannya suntikan yang mengandungi diantara 13 hingga 19 Nembutal dan 17 chloral hydrates.” Dan ia berhasil, lalu mereka menyambung misi mencari diari tersebut.

Kennedy, Lawford, bersama dua orang pengawal tersebut meninggalkan kawasan kejadian pada pukul 10.30 malam dan salakan anjing Marilyn, Maf, yang tidak berhenti-henti telah menimbulkan syak pembantu rumahnya, Eunice Murray dan anak lelaki Murray, Norman Jefferies yang datang untuk menyiasat apa yang berlaku. Mereka menemui Marilyn terbaring di atas katil dengan kepalanya terkulai di bucu katil di dalam kotej tetamu dan terus menghubungi ambulan. Puan Murray mengesyaki dia mengambil dos berlebihan.


Atendan Ambulan Schaefer, James Edwin Hall adalah yang pertama tiba di tempat kejadian kira-kira tengah malam dan meletakkan Marilyn di atas lantai seterusnya memberikannya urutan jantung diatas dada yang bertutup. “Dia berbogel. Tanpa selimut, tanpa cadar. Tiada gelas air kelihatan. Tanpa alkohol… Kami mendapati nafasnya semakin singkat, nadinya sangat lemah dan pantas dan dia tidak sedarkan diri pada ketika itu,” kata Hall.

Meja di sebelah katilnya mengandungi botol-botol pil yang bertutup kemas. Tiada air, tiada alkohol. “Semasa saya menghampiri Marilyn, saya perasan – tiada tanda muntah, luarbiasa bagi kes terlebih dos yang mana seperti yang diberitahu oleh Murray… tiada sebarang bau ubat keluar dari mulutnya, yang meruapakan simptom lazim jika mengambil dos berlebihan”. Ini seterusnya menafikan sebarang teori yang menyatakan bahawa dia menelan 64 biji pil dalam cubaan membunuh diri.

Hall memulakan urutan jantung secara dalaman dan membuatkan Marily bernafas kembali. Dia melakukan pengudaraan dengan tiub plastik yang bersih yang dimasukkan ke dalam kerongkongnya manakala seorang lagi atendan, Liebowitz berlari ke ambulan bagi mendapatkan alat bantuan pernafasan. Ketika itu, seorang lelaki muncul di muka pintu. Dia adalah Dr. Greenson yang dengan tegas berkata, “saya doktor Marilyn. Berikan dia tekanan yang postif”. “Saya berfikir di dalam hati, apa masalah awak? Saya ada mesin di sini yang dapat membantu. Mengapa enggan gunakannya?” Kata Hall yang mengingati kembali peristiwa tersebut.

Hall menanggalkan mesin bantuan pernafasan dan memasukkan tiub lain ke laluan penafasan. Doktor tersebut menekan perut Marilyn di tempat yang salah semasa Hall meniup ke dalam tiub tersebut. “Saya tahu sesetengah doktor tidak biasa dengan situasi kecemasan tetapi lelaki ini berpengalaman. Kemudian dia bercakap sendirian, “saya akan lakukan persembahan yang baik”. Saya tak akan melupakan kata-kata tersebut. “

“Jom bergerak, kata saya. “Awak boleh membantunya di belakang ambulan”. “Masa semakin suntuk dan saya ingin menyelamatkan Marilyn.” Doktor tersebut membuka begnya dan mengambil keluar jarum suntikan yang berjarum kira-kira sekaki panjangnya. “Dia mengeluarkan cecair daripada botol yang bepenutup getah dan memenuhkan jarum suntikan itu. Dia meraba tulang rusuk Marilyn seperti seorang amatur. Dia kemudiannya menusuk jarum tersebut ke dada Marilyn. Tetapi ia tidak masuk dengan betul. Ia tersangkut di tulang, di atas salah satu tulang rusuknya”, kata Hall.

“Dia tidak mencuba lagi, sebaliknya dia hanya menekan, pipinya bergetar akibat usahanya itu. Dia menekan dengan kuat dan memasukkan jarum jauh ke dalam melalui tulang rusuk Marilyn, menghasilkan bunyi yang kuat ketika tulang itu patah. Saya tahu dia merosakkan tulang rusuk tersebut. Saya telah banyak menyaksikan prosedur perubatan dan lelaki ini sangat kejam.”

James Hall telah bekerja untuk Schaefer Ambulance selama beberapa tahun. Ayahnya, Dr. George E. Hall adalah merupakan pakar bedah Baverly Hills dan bekas ketua pekerja hospital LA. Ibunya pula adalah jururawat pembedahan. Manakala, Pak ciknya, John Nance Garner, merupakan Timbalan Presiden di bawah Franklin D. Roosevelt. Dia merupakan seorang saksi yang sangat boleh dipercayai berhubung pembunuhan tersebut. Liebowitz, seorang lagi ambulan yang menyaksikan pembunuhan tersebut, tidak pernah bersuara.

Bukan pemandu ambulan tersebut sahaja yang menjadi saksi kepada suntikan tersebut yang berkemungkinan menjadi suntikan maut. Peter Lawford kelihatannya kembali ke tempat kejadian, bersama sarjan polis LA, Marvin Lannone, yang ditempatkan di rumah Marilyn atas arahan daripada Bobby.

Penyiasat persedirian, Fred Otash, yang telah meletakkan perakam di dalam rumah Marilyn atas permintaan Lawford yang suka mendengar perbualan berbaur seks, terdengar Lannone dan Lawford bercakap di dalam pita tersebut pada pukul 11.55 malam tersebut, dedahnya kemudian. “Terdapat lima saksi kepada pembunuhan Marilyn Monroe, tulis penulis tersebut. “Tiga daripada lima orang tersebut (Lawford, dan dua atendan ambulan, Hall dan Liebowitz) menyatakan bahawa Dr. Ralph Greenson adalah bertanggungjawab.


“Saya percaya Marilyn telah dipindahkan (daripada kotej tetamu ke bilik tidur utama) supaya kelihatan seperti membunuh diri”, kata Hall. Juga, Marilyn ditemui dalam keadaan tertiarap di atas katil. Selepas kematian, darah di dalam badan akan menuju ke arah bahagian graviti yang paling bawah. Dalam posisi ini, darah yang berkumpul akan menutup segala kesan (jarum atau sebaliknya) di hadapan badan,” menurut Hall.

Koroner LA pada waktu itu, Dr. Thomas Noguchi, yang telah melakukan bedah siasat, menyatakan bahawa dia melihat ke segenap tubuh mayat dengan menggunakan kanta pembesar dan tidak menemui sebarang kesan jarum suntikan.

Jurnalis gambar majalah Life, Leigh Wiener telah merasuah kakitangan rumah mayat daerah dengan sebotol whiskey supaya dapat masuk ke dalam rumah mayat bagi mengambil gambar mayat Marilyn beberapa jam selepas kematiannya. Tubuhnya menunjukkan sianosis, bewarna kebiruan atau sedikit ungu yang konsisten dengan suntikan jarum. “Anda akan nampak sedikit warna kebiruan di seluruh tubuhnya, begitulah apa yang saya nampak apabila saya melihatnya,” katanya. Chief William Parker, ketua polis di LA, rapat dengan Bobby Kennedy. Jadi dia enggan menjalankan penyiasatan sepenuh masa untuk kes Marilyn, satu penutupan yang amat mengejutkan.

Kolumnis Hollywood, May Mann, yang mewawancarakan dan menulis mengenai bintang untuk beberapa dekad, telah melaporkan mengenai apa yang dia rasakan sebagai siasatan yang tidak cekap dalam menyiasat kes kematian mengejut Marilyn apabila dia menerima panggilan daripada Chief Parker. “Dia berkata menulis cerita seperti itu tidak baik untuk kesihatan saya,” katanya. Kes tersebut mula bertukar dingin. Penyiasat Mike Rothmiller menulis “unit ini (OCID) yang telah menjalankan siasatan sulit ke atasa kematian Marilyn. Mereka mempunyai kuasa untuk merosakkan kehidupan dan reputasi – atau menjadi penjaga. Inilah apa yang mereka lakukan terhadap penyiasatan Marilyn… mereka melindungi nama baik dinasti Kennedy.”

Lady May Lawford, ibu Peter Lawford, mengesahkan bertahun kemudian bahawa Bobby berada di pekan itu pada malam kematian Marilyn. Helikopter miliknya telah diletakkan di pantai berhadapan dengan rumah Peter walaupun dinafikan olehnya. Penyiasat persendirian Fred Otash mengesahkan bahawa FBI dan CIA telah memasang alat mendengar di dalam rumah Marilyn dan ejen FBI melaporkan kepada J. Edgar Hoover bahawa Bobby ada di dalam rumah bersama dua orang lagi yang dikenali oleh Bobby dan Hoover.

Jiran Hoover, Anthony Calomatis muncul bertahun kemudian dan menyatakan bahawa Hoover telah memberitahunya bahawa Marilyn telah dibunuh tapi dia enggan menahan Bobby. Dia menggunakan pengetahuan mengenai pembunuhan tersebut untuk memeras ugut peguam negara itu bagi menjamin kedudukannya sendiri sebagai ketua FBI. Pihak berkuasa akhirnya memutuskan kematian Marilyn sebagai membunuh diri.

Hmm, sebab itulah Zyra rasa politik itu sesuatu yang sangat kotor. Ramai yang berpendapat kematian lagenda Hollywood yang diselubungi misteri itu memang ada kaitan dengan politik memandangkan bintang yang menjadi simbol seks pada zaman kegemilangannya itu banyak menjalinkan hunbungan sulit dengan beberapa nama besar dalam arena politik termasuklah Presiden JFK.

Oh ya, diari kecil berwarna merah itu tidak pernah dijumpai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog