Wednesday, 8 April 2015

Gannguan Seksual Di Tren, Lelaki Keluarkan Alat Sulit Untuk Raba Wanita!



BUKAN sekali dua kita mendengar kes penumpang wanita diraba oleh lelaki ketika menggunakan perkhidmatan awam.

Trauma kerana menjadi mangsa lelaki gila seks, seorang wanita tampil berkongsikan pengalaman dan nasihat setelah menjadi mangsa raba ketika menggunakan perkhidamatan awam berkenaan.

Melalui sebuah gambar dan status di media sosial yang dikongsikan olehnya, mangsa dikatakan telah diraba sewaktu menggunakan perkhidmatan awam terbabit.

Lelaki tersebut begitu berani sehingga mengeluarkan alat sulitnya dalam kenderaan awam yang sedang sesak!


Melalui info dari pautan FB mangsa, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa menaiki tren di Bandar Tasik Selatan untuk menghadiri sebuah kursus di Kuala Lumpur.

Pada mulanya dia tidak mempedulikan kehadiran lelaki terbabit yang berhimpit berhampirannya kerana menyangka ia tidak sengaja, tambahan pula keadaan dalam tren agak sesak dengan orang ramai.

Anda boleh membacanya di bawah.


Ya Allah, Subhanallah.. Dugaan teruk pagi-pagi ini. Dahlah menghadap ‘jem’, lepas itu berlari naik tren berhimpit-himpit.

Dugaannya adalah, nampak mamat baju purple tu? Kami berhimpit-himpit dalam tren. Himpit yang teramat rapat. Tangan dia dekat sangat dengan badan aku.

Tiba-tiba aku rasa lain. Aku tengok, tangan dia dah sentuh badan aku. Lepas itu aku cuba mengelaklah. Selepas itu aku teruskan main handphone. Kita main handphone confirm pandang bawah kan?

Apa yang aku nampak, dia keluarkan alat sulit dia dari zip seluar. Siap ramas-ramas. Aku tergamam. Tak boleh nak menjerit atau nak marah. Agak terkejut.

Nasib tinggal satu stesen je lagi. Dalam keadaan mengigil dan menangis, aku pergi ke monorail Hang Tuah. Dia pun ada, tetapi dia kat depan. Itu yang aku sempat nak rakam gambar dia.

Dengan serta merta aku lambat pergi kursus hari ini.

Please kaum Hawa, make sure depan belakang kiri kanan awak adalah perempuan. Apa nama tu? Ladies Coach? Tak ingat pula. Dalam keadaan kejar masa nak pergi kerja, korang sempat ke nak pilih pintu mana yang korang nak masuk? Tak akan.

So please, aku tak pakai seksi pun. Aku pakai baju kurung, baju nak pergi kerja pun kena juga.

Aku tak tahu sama ada lelaki itu warga asing atau tempatan. Sumpah aku fobia, trauma rasanya. Aku cuma mampu menangis di tepi tren ini.

Aku tak paksa untuk percaya, aku kaum Hawa, aku sayang kaum aku.

Lokasi: LRT dari Bandar Tasik Selatan.
Masa: 8.30 pagi
Tarikh: 6.4.2015


Buat pengguna perkhidmatan awam khususnya wanita, anda tidak perlu takut untuk jerit meminta pertolongan jika berlaku keadaan seperti ini.

Confirm lunyai kena belasah dahulu sebelum d bawa ke balai polis.

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog