0 DULU bila artis Bollywood Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Melaka banyak yang pihak yang mempertikaikannya.
Nampaknya perkara sama turut berlaku kepada Jackie Chan, apabila penganugerahan gelaran ‘Datuk’ kepada beliau menimbulkan polemik.
Alasan yang diberikan Tengku Nan sama dengan alasan yang diberikan sewaktu isu ‘Datuk’ Shah Rukh Khan dibangkitkan dahulu iaitu sumbangan selebriti berkenaan yang mengangkat nama negara menerusi medium hiburan iaitu filem lakonan mereka yang menjalani penggambaran di negara ini sekaligus mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, alasan itu nampaknya tak dapat diterima ramai rakyat Malaysia.
Justeru, kami ingin kongsikan alasan lain yang mungkin tak ramai tahu tapi sedikit sebanyak pasti dapat menyembuhkan ‘sakit hati’ rakyat negara ini yang berasakan gelaran tersebut tidak wajar diberikan kepada Jackie Chan.
Tahukah anda beliau merupakan seorang dermawan?
Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie Chan dikatakan telah membuat wasiat untuk menyumbangkan segala hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit setelah beliau meninggal dunia.
Laporan Forbes pula menyatakan Jackie Chan disenaraikan antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal malah sumbangannya mencecah jutaan Dollar kepada badan-badan NGO yang membantu golongan miskin.
Mungkin itu sumbangannya terhadap dunia, jadi apa kena mengena dengan Malaysia?
Jawapannya ada di print screen bawah…
Ha, nampak tak? Itu pun yang diketahui sebab ada anak yatim yang telah merasa kebaikan Jackie Chan mahu membelanya.
Bersesuaian dengan sifat beliau yang tak suka berkongsi di media sumbangan yang dihulurkan, entah-entah sifat pemurah yang ada pada kita ini tak terbanding langsung dengan Jackie Chan.
Apa pun, terpulanglah pada masing-masing. Kadangkala harta, pangkat dan lain-lain ini jadi milik seseorang yang bernasib baik jadi anggap sajalah gelaran Datuk sudah rezeki Jackie Chan. Bukan boleh dibawa mati pun…
mynewshub.my
No comments:
Post a Comment