Thursday 5 February 2015

KEJAM: Kanak-Kanak Didera, Ditampar Dan Dibaling Oleh Pengasuh

Melalui  Blog thehypemedia Sebuah video rakaman CCTV (hitam putih) bertarikh 8 Januari yang menunjukkan rutin harian pusat penjagaan kanak-kanak tersebar.

Ianya bukan video rutin harian yang biasa di mana kanak-kanak bermain dan ketawa riang, tetapi video yang tersebar itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dibelasah oleh gurunya

Difahamkan kejadian itu berlaku di KOREA SELATAN seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilempang sekuat hati orang guru wanita yang bertugas. Kanak-kanak yang lain hanya mampu duduk melutut ketakutan melihat kejadian itu.

Kanak-kanak malang itu bagaimanapun, bangun dan melutut semula di hadapan gurunya itu.

Menurut sumber, guru wanita itu melempang kanak-kanak terbabit kerana enggan makan makanan (Kimchi) yang diberikan. Namun, guru terbabit menjelaskan kanak-kanak itu enggan makan dan dia sedang cuba mengajarnya untuk makan.

Kenyataan guru terbabit jelas sekali tidak selari dengan video rakaman cctv yang telah tersebar.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak mampu berkata apa-apa apabila menonton rakaman cctv itu. Mereka sungguh sekali tidak percaya yang anak mereka diperlakukan sebegitu rupa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog