Tuesday, 3 February 2015

Ahli Parlimen Teresa Kok Muat Naik Video CNY Menarik Lagi Macam Tahun Lepas..




TAK serik dengan kecaman diterima tahun lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kembali menghasilkan video sempena Tahun Baru Cina dalam bentuk satira.

Menampilkan barisan ‘pelakon’ lebih popular, wayang tahun ini dijayakan Pak Samad, Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel, Nurul Izzah, Khalid Samat, Ketua Publisiti DAP Hew Kuan Yau, Teresa Kok sendiri dan pelakon pembantu yang membawa watak Kilat Xia.



Walaupun intipati video mahu menjemput penyokong mereka menyertai jamuan besar sempena Tahun Baru Cina pada 12 Februari ini, pelbagai sindiran dimasukkan di sepanjang durasi 5:08 minit ia berlangsung.

Barisan pembangkang dalam video ini secara jelas berniat mahu menimbulkan rasa marah rakyat apabila setiap dialog direka khas agar menyebut ‘kata kunci’ yang dapat membuka kembali ingatan rakyat pada isu-isu kontroversi yang kebanyakannya telah pun dijawab.

Antaranya adalah ‘overflow’, C4, cincin PERMATA, main golf di Hawaii, shopping naik private jet dan 1MDB.


Setelah diamati video ini dipenuhi sindiran yang sebenarnya adalah taktik untuk menyuntik sentimen benci terhadap kerajaan Malaysia.

Oleh sebab ini adalah video sempena Tahun Baru Cina maka dikhuatiri ia dapat membuatkan masyarakat Cina bersangka buruk pada kerajaan sekaligus membahayakan semangat muhibah antara kaum.

Ini adalah tahun kedua video satira kasar sempena Tahun Baru Cina diterbitkan dan kalaulah ia dibiarkan berterusan maka tak silap kalau dikatakan, ia mampu menyumbang pada perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Hello, dalam banyak-banyak isu boleh dijadikan modal membangkang kerajaan, janganlah sambutan perayaan yang sepatutnya jadi penghubung kemesraan antara rakyat Malaysia pun nak dijadikan modal politik ok!

Apa pun kami tertarik dengan komen-komen terhadap video ini yang turut berbentuk sinikal seperti drama persembahan puak pembangkang juga, antaranya menegur bahawa mereka sepatutnya membuat video untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menunggu keputusan kes liwatnya.


Tak kurang juga, ada yang memuji video ini hanya menarik ditonton kerana ada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah yang nampak makin lawa lepas bergelar janda baru-baru ini.


mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog