Wednesday, 4 February 2015

Lelaki Tikam Diri Sendiri Kecewa Putus Cinta



Hanya kerana putus cinta seorang lelaki di Sandakan, Sabah ini sanggup menikam perutnya sendiri di sebuah pusat membeli belah di daerah ini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, lelaki tersebut dikatakan sedang bertengkar dengan teman wanitanya semasa makan yang menyebakan teman wanitanya itu tekad memutuskan hubungan tersebut.

Keran kecewa, lelaki yang masih belum diketahui identiti itu telah mengeluarkan pisau dan menikam perutnya sendiri menyebakan di telah dihantar olej orang ramai ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK) bagi mendapatkan rawatan.

Seorang saksi di tempt kejadian yang dikenali sebagai Emma, 30, menceritakan ketika kejadian lelaki terbabit dilihat berbual bersama seorang gadis di medan selera pusat beli-belah itu.

“Tidak lama kemudian, mereka seperti bertengkar sebelum gadis terbabit beredar dan terlihat lelaki ini dilihat mengeluarkan sesuatu lalu menikam perutnya sendiri,”
katanya.

Selepas menikam dirinya lelaki itu telah menju ke tandas dipercayai untuk mencuci lukanya dan baju beliau dipenuhi darah.

“Beberapa pengunjung yang menyedari kejadian memaklumkan perkara itu kepada sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang kebetulan berada di kawasan itu.

“Difahamkan, lelaki terbabit kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,”
katanya.

Menurut anggota JPAM yang kebetulan berada di lokasi kejadian segera mendapatkan lelaki terbabit untuk dirawat.

“Selepas memberi rawatan awal, lelaki ini dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya,”katanya. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog