Thursday, 5 February 2015

Bayi Baru Dilahirkan Di Kerusi Roda Maut Terseret Kepala Di Lantai


Henan – Ia merupakan satu kejadian tragis yang amat menyedihkan kepada seorang wanita, Shang Shao, 45, apabila bayi lelakinya meninggal dunia selepas terseret di lantai, ketika wanita itu sedang ditolak dengan kerusi roda untuk memasuki bilik bedah.


Bayi berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tengkoraknya.

Kejadian malang itu berlaku selepas Shang dikejarkan ke hospital apabila air ketubannya pecah ketika kandungan wanita itu berusia tujuh bulan.

Meskipun Shang sudah hampir mahu bersalin, namun doktor mahu melakukan pembedahan caesarean terhadapnya.

Shang kemudiannya diletakkan di kerusi roda untuk dibawa masuk ke bilik bedah, namun dia melahirkan bayi berkenaan ketika berada atas kerusi roda, tanpa disedari jururawat yang terus menolak kerusi roda berkenaan.

Keadaan ini mengakibatkan kepala bayi yang masih terlekat tali pusat itu terseret di lantai.

Hanya selepas melihat kesan darah, barulah mereka mengetahui Shang telah bersalin. Bayi itu dimasukkan ke unit rawatan rapi namun meninggal dunia.

Susulan itu doktor berkenaan yang mencadangkan agar Shang dibedah telah digantung tugas kerana tidak berunding terlebih dahulu dengan doktor senior.

Manakala jururawat terbabit pula telah dikenakan amaran dan diturunkan pangkat kerana membawa pesakit untuk ke bilik bedah dengan kerusi roda.

Bagaimanapun Shang dan suaminya, Pan Mai bertegas untuk mengambil tindakan terhadap hospital tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog