Monday, 2 February 2015

"Saya Tahu Ayah Saya Tidak Salah!"- Anak Awie Dan Rozana Misbun

Kita semua sudah maklum yang Rozana Misbun sudah mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya. Dari apa yang dia sendiri dakwa, dia ibu yang bagus dan lebih bertanggungjawab dengan anak-anaknya. Tapii.. tiba-tiba sahaja Aleeya Antasha mengeluarkan status yang mengejutkan.


Aleeya Antasha adalah anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira. Aleeya telah memuatnaik satu status di Facebook dan Instagramnya yang mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu tirinya, Rozana Misbun di media baru-baru ini adalah palsu. Sebelum ini Rozana ada memaklumkan yang dia sentiasa sibuk menjaga anak-anak. Tak pernah ada masa untuk keluar rumah melakukan kecurangan kerana masanya dipenuhi dengan anak-anak.

Namun menurut Aleeya Antasha, apa yang dimaklumkan oleh ibu tirinya itu adalah rekaan semata-mata. Hampir kesemua yang dikatakan adalah palsu. Tulis Aleea di laman sosialnya:-



Fuh~~~ Satu demi satu dakwaan muncul daripada setiap pihak tentang kes ini. Tak tahu mana satu yang betul. Sukar untuk mempercayai mana-mana pihak. Terlalu banyak versi. Senang cerita, kita selaku orang luar setakat dengar sahajalah. Percaya jangan. Kita tunggu keputusan mahkamah sahaja kelak.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog