Thursday, 5 February 2015

Datuk Paduka Kaiser Beri Penjelasan Soal Tidak Jemput 2 Beradiknya Ke Majlis Resepsi

Susulan dakwaan Eina Azman bertanggungjawab memecah belahkan hubungan kekeluargaan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet (Datuk Gmix) dan adik beradiknya, ahli perniagaan ini telah tampil memberikan penjelasan. Eina Azman tiada kaitan langsung dengan apa yang terjadi, sebaliknya sikap 2 orang adik beradiknya tersebut yang menyebabkan Datuk Gmix tidak mengundang mereka ke majlis resepsi yang telah berlangsung baru-baru ini.



Berikut ialah penjelasan Datuk Gmix yang dimuatnaik menerusi komen di Instagram:


Ini adalah versi alihbahasa secara mudah:-

Kesemua sister (tidak diketahui kakak atau adik) telah hadir tetapi yang 2 orang tidak datang. Saya tidak pernah menjemput mereka kerana mereka membenci Islam dan memaksa saya menukar balik agama saya ke Sikh. Saya tahu apa yang saya pilih dan saya pilih Islam kerana saya mencintai Islam. Ayah dan ibu saya membeli baju untuk hadir tetapi yang 2 orang itu tidak membenarkan. Emak saya menangis dan bercakap kepada saya. Saya akan berjumpa mereka di mahkamah kelak. Allah Maha Besar. Buat baik dibalas baik, buat jahat berpada-pada.

Salah seorang adik kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet (Datuk Gmix) memaklumkan dirinya tidak mendapat jemputan untuk majlis tersebut, sekaligus menyatakan yang Eina Azman cuba memutuskan hubungan adik beradik antara dirinya dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.

Menggunakan nama agishwagill di Instagram, adiknya begitu aktif memberikan komen di hampir setiap gambar majlis persandingan Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet. Menurut agishwagill, dirinya tidak mendapat jemputan kerana Eina menuduh dirinya menggunakan perkataan kasar terhadap Eina dan ibunya.
eina azman
eina azmaneina azmaneina azman


Sesungguhnya ini adalah ujian yang besar buat Datuk Gmix dan keluarga. Apabila memeluk agama Islam memang sentiasa ada cabaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog