Monday 2 February 2015

Malaysia Pun Ada Juga "The Rich Kids Of Malaysia"! di Instagram!


SEBELUM ini kami pernah menyusuri akaun Instagram ‘The Rich Kids of Tehran’ yang memaparkan gambar-gambar kehidupan mewah anak-anak jutawan di ibu negara Iran itu.

Tapi, tak sangka pula wujud akaun Instagram ‘The Rich Kids of Malaysia’!

Amboi, nak jugak…


Setakat ini akaun tersebut sudah mempunyai 12.5k orang pengikut dan memaparkan 147 gambar kemewahan anak-anak muda negara ini.

Bagi yang berminat untuk melihat gambar wajah atau kemewahan mereka dipaparkan di akaun ini, mereka perlu menghantar gambar untuk dipilih terlebih dahulu menerusi emel.

Bukan sahaja anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid yang menghantar gambar, tapi pelakon Erin Malek pun ada tau! Gituu…





Biarpun tujuan akaun ini diwujudkan untuk suka-suka, nampaknya ia juga menjadi tempat untuk anak muda bersaing mempamerkan kemewahan yang dikecapi.

Kita tengok teguk air liur jelah. Haha

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog