Seperti yang diketahui kumpulan virus telah tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2014 pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun perkara tersebut telah menimbulkan spekulasi mengatakan Nur Fazura menjadi punca utama kumpulan Virus tersingkir.
Kononnya, kerana teguran dari Fazura, kumpulan Virus pada dua minggu yang lalu yang menganggap tindakan mereka menyampuk komen juri sebagai tidak wajar dan perlu diperbaiki lagi.
Fazura bagaimanapun tidak berdiam diri dengan komen-komen spekulasi seperti itu lantas dia menjawab dengan nada sarkastik dakwaan mengatakan beliau punca Zizan Razak, Yus dan Tauke tidak dapat terus bersaing dalam MLM 2014.
Well said Fazura. Kepada para peminat jangan terus menerus menyalahkan Fazura dalam perkara ini kerana keputusan bukan terletak kepada Fazura dan faktor undian dan juri-juri lain juga mempunyau peranan yang besar dalam penyingkiran itu.
No comments:
Post a Comment