Friday, 6 February 2015

Bandar Ini Terletak Di Tempat Paling Tinggi Di Dunia


Tahukah anda, bandar tertinggi di dunia ada di Peru. Bernama La Rinconada, lokasinya yang berada di pergunungan setinggi 5,100 mdpl dan diselubungi salji. Bandar yang unik, tetapi sangat menyedihkan.


La Rinconada yang berada dalam daerah Ananea di Wilayah San Antonio de Putina. Perjalanan dari Bandar Lima, ibukota negara Peru ke sana harus ditempuhi melalui Bandar Puno dengan pesawat selama 2 jam. dan menaiki bas selama 6 jam.

Ditulis oleh seorang wartawan CNN, Ryan Bergeron pada pertengahan tahun 2013 lalu. La Rinconada adalah bandar tertinggi di dunia. Ketinggiannya mencecah 16.732 kaki atau 5.100 mdpl.

Ryan menuliskan pengalamannya ketika melawat La Rinconada. Apa yang dibayangkan,berbeza dengan kenyataan. Bandar ini sebenarnya indah kerana dikelilingi pergunungan salji, tetapi sesetengah dari penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan.

Kehidupan di sana sangat menyeksakan, dengan, sistem pengaliran air tidak berjalan baik dan tidak mempunyai saluran untuk pembuangan sisa. 30 Ribu penduduknya tak mampu membuat apa-apa.

Pendidikan menjadi sesuatu yang jarang berlaku. Kanak-kanak di sana kebanyakan tidak bersekolah dan terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. Organisasi kemanusiaan seperti 'Girl Rising' pernah memberi bantuan kepada 23 ribu anak-anak La Rinconada untuk bersekolah pada tahun 2003 lalu.

Bagaimana sejarahnya La Rinconada dihuni ramai orang? Puluhan tahun lalu, bandar tersebut adalah lombong emas. Ramai penduduk peru dari serata tempat datang dan mengadu nasib di sana. Namun sayang, kini hanya tinggal kenangan.

Banyak perlombongan emas haram yang merosakkan alam. Ramai yang ingin menjadi kaya malah terkandas. Mereka ini terpaksa menetap di sana, hanya boleh mengorek-ngorek gua demi mencari sebutir emas. Kerja keras dengan ganjaran yang tak setimpal.

Bahkan, gadis-gadis di bawah umur berkeliaran di malam hari menjadi pekerja s * ks kom * rsil. Semata-mata hanya untuk menyara hidup.

Polis dan peraturan undang-undang seolah tidak mempunyai apap-apa bagi kehidupan penduduk La Rinconada. Peranan Kerajaan Peru juga dianggap belum maksimum. Kemelut La Rinconada harus diselesaikan!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog