Thursday, 5 February 2015

8 Individu Yang Telah Menterbalikkan Semula Proses Tukar Jantina Mereka!

1. Mark Marzo
Mark Marzo, anak ke 13 dan merupakan anak kesayangan ibu dan ayahnya. Semasa cukup dewasa, dia menukar jantinanya menjadi wanita dan menukar nama ke Maria Corazon Marzo dan berkahwin.
Semasa ayahnya menjadi uzur, ayahnya membuat permintaan mahukan cucu darinya. Jadi Maria bertindak menukar kembali jantinanya dan menjadi Mark semula. Mark meminta tolong rakan sekerjanya untuk mengandungkan anaknya melalui persenyawaan in vitro, dan akhirnya anak lelakinya, Andrei lahir. Kini dia menjadi pengurus di sebuah salon dan mengekalkan jantina asalnya.

2. Chelsea Attonley


Chelsea Attonly asalnya adalah seorang lelaki dan merupakan wartawan bagi sebuah stesen berita. Pada tahun 2007 dia telah melakukan pembedahan menukar jantina kepada perempuan selepas mendapat sumbangan sebanyak $15,000. Namun, beberapa tahun selepas pembedahan itu, Chelsea meminta sumbangan dari United Kingdom's National Health Service(NHS) untuk menampung pembedahannya menukar kembali jantinanya kepada lelaki. Dia mahu membuang semula implan payudara dan memasang semula kemaluan lelaki.

3. Ria Cooper

Ria Cooper pernah menjadi berita utama pada tahun 2011 selepas dia menjadi pesakit tukar jantina paling muda di Britain pada umur 17 tahun selepas bertahun-tahun memohon kepada keluarganya agar membenarkannya menukar jantinanya.
Walaubagaimanapun, kurang dari setahun selepas menukar jantina, dia berhasrat mahu menukar kembali jantinanya selepas melalui kesedihan dari segi mental selepas menjadi wanita. 
Dia juga telah berhenti dari melakukan apa-apa pembedahan dan ubatan yang membolehkan dia mengekalkan rupa wanitanya. Walaupun selepas melalui beberapa terapi untuk membantunya selepas melakukan penukaran jantina, Cooper banyak melalui deraan selepas menjadi wanita hingga dia pernah mencuba untuk membunuh dirinya dua kali.


4. Don Ennis

Pada tahun 2013, Don Ennis yang mana seorang editor ABC News telah melakukan penukaran jantina. Tiga bulan kemudian, ayah kepada tiga orang cahaya mata itu mahu menukar kembali jantinanya kepada lelaki.
Semuanya bermula apabila tiba-tiba pada suatu hari dia datang ke pejabat dengan berpakaian gaun kecil berwarna hitam dengan rambut palsu dan mengatakan dia selesa dengan keadaanya. Dia juga telah menukar gambarnya di Facebook kepada gambarnya sebagai perempuan dan menggelar dirinya Dawn.
Selepas menjadi Dawn, dia berpisah dengan isterinya yang bersamanya selama 17 tahun. Tetapi tiga bulan kemudian, dia hadir semula ke pejabatnya sebagai Don. Dia mendakwa dirinya mengalami amnesia dan menuduh isterinya yang  mengubah dia kepada wanita dan meletakkan nama "Dawn" kepadanya. 
Setahun kemudian, dia hadir ke pejabat sebagai Dawn semula. Sayangnya, dia dipecat tidak lama selepas itu.

5. Walt Heyer

Pada umur 42 tahun, Walt Heyer merupakan seorang lelaki yang telah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Tetapi kemudian dia mengambil keputusan menukar jantinya kepada wanita yang mana membuatkan dia menyesal. Dia menukar semula jantinanya kepada lelaki 8 tahun kemudian.
Alat sulit Walt dibuang semasa proses menukar jantina dijalankan. Dia juga memasukkan implan payu dara, dan rawatan untuk mengurangkan rambut di mukanya, dan mengurangkan hormon estrogen sepanjang dia menjadi wanita. 
Selepas 8 tahun dan membelanjakan  £20,000, dia menjadi Walt Heyer semula. Kini dia menjadi kaunselor tidak rasmi bagi sesiapa yang mahu menukar jantina.

6. Charles Kane

Charles Kane merupakan antara orang yang sangat berjaya dan mempunyai harta kekayaan yang banyak di London. Tetapi, dia tidak gembira. Kekayaan yang dimiliki tidak mampu memberinya hubungan yang bertahan lama. 
Rupa-rupanya, kekasih-kekasinya mendapati bahawa dia tidak mempunyai kemaluan yang "asli". Charles pernah menjalani dua pembedahan yang berasingan untuk menukar jantinanya kepada perempuan kemudian menjadi lelaki semula selepas dia mendapati bahawa dia telah membuat silap besar.
Duda kepada dua orang anak itu menjalani pembedahan penukaran jantina pada tahun 1997 yang menukarnya kepada Samantha Kane. Kemudian, selepas 7 tahun menjadi wanita, dia mengambil keputusan untuk menjadi lelaki semula kerana merasakan menjadi lelaki lebih bagus dari menjadi wanita. 
Charles kemudiannya membuang implan payudaranya dan melalui 3 pembedahan berasingan untuk mengembalikan semula kemaluannya menggunakan kulit dari perutnya. 
Kini dia dipercayai mengalami masalah mental kerana keliru dengan segala benda, termasuk jantinanya sendiri.

7. Philip Porter

Pada tahun 2013, Philip Porter mengambil keputusan mengambil keputusan beralih kembali kepada jantina asalnya iaitu lelaki selepas hidup selama 32 tahun sebagai wanita transgender dengan nama Phoebe. 
Semasa dia menjadi wanita selama 32 tahun, dia pernah menjadi ketua pasukan penyorak untuk NFL dan penari bogel yang sangat berjaya dan bahagia. 
Namun selepas menjadi Phoebe, dia mula memikirkan mahu menjadi lelaki semula. Jadi pada tahun 2009 dia telah berhenti mengambil ubatan dan memulakan semula hidup sebagai seorang lelaki.

8. Mike Penner

Pada tahun 2007, penulis sukan Mike Penner menghasikan artikel yang tidak seperti artikel yang dia selalu hasilkan untuk Los Angeles Times. Di bawah tajuk utama, dia menulis "old Mike, new Christine". Penner menjelaskan bahawa dia akan meletakkan namanya sebagai seorang wanita.
Christine, yang mana bertentangan sifat dari Penner yang asal menjadi sangat popular dan dijadikan simbol keberanian oleh transgender-transgender yang lain dan sering menceritakan mengenai penghijrahannya di dalam artikel-artikelnya. 
Tetapi setahun kemudian, Penner kembali sebagai lelaki ke pejabatnya dan menulis semula nama asalnya di bahagian penulis. Namun Penner tidak memberikan penjelasan mengenai mengapa dia mengubah semula identiti wanitanya.
Setahun kemudian dia membunuh dirinya dipercayai kerana masalah mental dan tertekan kerana keputusannya untuk mengubah jantina dan mengubah kembali jantinanya


2 comments:

  1. Hai selamat pagi.nama.saya Satish umur 30.saya kerja biasa biasa je.sejak kebelangkan ni.saya Ada niat untuk menjadi wanita. Yang cantik.sejak dulu lagi.saya Ada niat bertukar menjadi wanita yang Kat luar TU.saya memang betul betul menjadi perempuan.daripada dulu lagi saya nak menjadi.perempuan sekarang saya Tak Ada niat.untuk menjadi lelaki.kalau RASA Saya diri sebagai seorang perempuan.saya memang tak takut untuk bertukar menjadi wanita.saya sendiri Ada pakaian.wanita Dan aksesori wanita.seperti gelang emas make up.seluar dalam wanita pakaian dalam wanita.semua Ada Kat saya.sebab Saya bagi tau.untuk nak membantu keluarga.saya daripada serba kekurangan.tapi sekarang Saya Tak cukup kewangan untuk.menjadi wanita.

    Sekian terimah kasih.

    ReplyDelete
  2. Hai selamat pagi.nama.saya Satish umur 30.saya kerja biasa biasa je.sejak kebelangkan ni.saya Ada niat untuk menjadi wanita. Yang cantik.sejak dulu lagi.saya Ada niat bertukar menjadi wanita yang Kat luar TU.saya memang betul betul menjadi perempuan.daripada dulu lagi saya nak menjadi.perempuan sekarang saya Tak Ada niat.untuk menjadi lelaki.kalau RASA Saya diri sebagai seorang perempuan.saya memang tak takut untuk bertukar menjadi wanita.saya sendiri Ada pakaian.wanita Dan aksesori wanita.seperti gelang emas make up.seluar dalam wanita pakaian dalam wanita.semua Ada Kat saya.sebab Saya bagi tau.untuk nak membantu keluarga.saya daripada serba kekurangan.tapi sekarang Saya Tak cukup kewangan untuk.menjadi wanita.

    Sekian terimah kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog