Thursday, 5 February 2015

Siapa Yang Suka Pakai Braces Palsu? Haa Baca Artikel Ni


Perhatian buat remaja di luar sana yang teruja menggunakan ‘fake braces‘ atau pendakap gigi palsu. Anda harus baca artikel ini!


Kononnya mengikut trend dan inginkan kecantikkan, namun tahukah anda, memakai ‘fake braces‘ mampu mengakibatkan kerosakkan pada gigi?

Malah lebih parah lagi, ia juga mampu mereputkan gigi anda? Dari elok-elok boleh kunyah secara normal, terpaksa pula keluarkan duit untuk memiliki gigi palsu. Inilah dipanggil tak ada penyakit, cari penyakit!


Melalui satu entri di laman sosial, seorang doktor gigi berkata, penggunaan pendakap gigi palsu sebenarnya boleh mendatangkan mudarat buat si pemakai jika ia tidak diletakkan dengan cara betul.

Tulis beliau, “… contoh kesan rawatan fake braces: gigi bergerak tidak terkawal, goyang, terpaksa dicabut oleh doktor gigi.”

Bukan itu sahaja, logam yang digunakan sebagai ‘pengikat’ di gigi juga sebenarnya mampu membuatkan gigi si pemakai reput dan rosak kerana ia menggunakan bahan tidak berkualiti.


Kalau anda nak tahu, walaupun ia hanya pendakap gigi palsu, tetapi cara pemakaiannya tetap sukar dan menyakitkan kerana ia akan mencengkam gigi si pemakai!

Lantas itu, ia amat merisikokan kedudukan gigi kerana cengkamannya berkemungkinan besar berada di kedudukan yang tidak sepatutnya dan akan menolak gigi yang normal untuk beralih ke kedudukan lain.

Bukan itu sahaja, dalam satu program diskusi tentang trend pemakaian ‘fake braces’ dalam kalangan remaja Asia, pengacaranya memaklumkan, dua orang telah menemui ajal (setakat 2013) akibat tertelan pendakap gigi tersebut ketika sedang tidur!

Secara logiknya, penggunaan pendakap gigi bertujuan untuk membetulkan struktur gigi kerana kedudukannya yang tak selari. Jadi, buat yang memiliki gigi normal, lupakan sajalah niat untuk mencuba alat berkenaan.

Mungkin bagi sesetengah individu, ia akan membuatkan mereka bertambah comel, tetapi tak perlulah rasanya sampai memudaratkan kesihatan, kan? Fikir-fikirkanlah ya adik-adik!

Kalau silap gayanya, muda-muda lagi dan hilang gigi!

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog