Tuesday, 16 December 2014

Ezuwan Ismail Pesan Chacha Maembong Pulangkan Semula Bajunya


Baru-baru ini pereka baju Ezuwan Ismail meluahkan perasaan kerana pakaian rekaannya untukChacha Maembong tidak dipakai oleh pelakon tersebut di Anugerah Skrin 2014, lebih menyedihkan baju tersebut masih tidak dipulangkan kepada pereka fesyen ini.



Mungkinkah Chacha Maembong terlalu sibuk sehingga tidak sempat memulangkan baju Ezuwan Ismail? Kesian juga membaca kata-kata yang diluahkan oleh Ezuwan Ismail. Inilah cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi oleh seorang pereka fesyen. Pastinya Ezuwan sudah serik untuk berurusan dengan Chacha Maembong.


Ada kalanya manusia ini sukar ditafsir apa niat di sebalik apa yang terjadi. Sudahlah baju yang siap direka tidak digayakan pd acara baru baru ini. Dicerca pula org lain atas kekhilafan diri sendiri apabila cuba menegakkan benang yang basah. BERTAMBAH KRONIK baju itu terus dibuat harta tanpa rasa bersalah.

MANUSIA apakah ini? Saya bukan mahu menambah bara api yang sedia mara.. tapi cukup dipulangkan saja harta milik saya itu. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.. PULANGKAN BAJU SAYA SEGERA. WASALAM #pulangkan #gilafamous #walaupungelembungtetapbuatharta #janjinakpulangtapihadoooo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog