Wednesday, 17 December 2014

Serangan Militan Taliban di Sekolah Di Pakistan, Kepala Kanak-kanak Dipenggal, Guru Dibakar Hidup-hidup


BEBERAPA laporan mengenai serangan militan Taliban ke atas sebuah sekolah di Pakistan amat mengejutkan dengan dakwaan kepala kanak-kanak dipenggal dan seorang guru dibakar hidup-hidup.


Kumpulan pengganas itu menyerang Sekolah Awam Tentera di Peshawar di barat laut Pakistan pada Selasa, mengorbankan lebih 140 orang, dengan kebanyakan mereka adalah pelajar.


Laporan mengejutkan membabitkan tragedi berdarah itu bermula daripada satu sumber menyatakan beberapa kanak-kanak terbunuh, dengan mendakwa antara mereka yang berusia lima tahun telah dipenggal kepala.

Satu sumber lagi memberitahu NBC News bahawa seorang guru telah dibakar hidup-hidup di hadapan sekumpulan pelajar yang dipaksa untuk menyaksikan kejadian ngeri tersebut.

“Mereka bakar seorang guru di hadapan para pelajar di sebuah kelas.

“Mereka membakar guru itu menggunakan minyak gasolin dan memaksa pelajar untuk menyaksikannya,”
kata sumber itu kepada NBC News.

Sekurang-kurangnya enam militan memasuki sekolah berkenaan dengan memakai uniform pasukan keselamatan sebelum mengadakan serangan.

Pegawai rasmi Pakistan masih belum mengesahkan mengenai kesahihan laporan mengenai pelajar sekolah dipenggal dan guru yang dibakar.

Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif menyeru supaya hari berkabung diadakan selama tiga hari di seluruh negara.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog