Umum tahu bahawa Adi Putra telah pun membuat sidang media sebelum ini dengan menjelaskan bahawa kes skandalnya dengan isteri orang beberapa bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai no further action(NFA).
Namun begitu pada minggu lepas, wanita yang dikaitkan dengan isu ini, Nooraida enggan mengalah kerana pihaknya mendapati siasatan yang dijalankan sebelum ini dipercayai tidak telus.
Biarpun mereka berkeras ingin membuktikan Adi bersalah, namun pelakon itu yang ditemui di majlis pra-tonton filem Balistik malam semalam memberitahu dirinya langsung tidak merasa risau dengan tindakan pihak berkenaan.
Perkara ini sedikit pun tak memberi tekanan pada saya malah saya tak risau langsung. Pihak polis melakukan siasatan secara terperinci. Apapun, saya tak ada kuasa pun nak menutup kes ini dan saya hormati keputusan pihak polis.
Kata Adi Putra kepada Mstar Online:-
Saya hormat dengan permintaannya yang mahu saya mengaku kesilapan itu tetapi saya tidak akan tunduk dengan keinginannya.Saya tahu saya berada di pihak yang benar dan saya ada pendirian untuk tidak berbuat demikian. Sekiranya pihak di sana ingin membuat tindakan lanjut, silakan. Kita tidak ada kuasa untuk menghalang perkara ini
Dalam pada itu, Adi menafikan dakwaan pihak berkenaan yang mengatakan kononnya dia mempunyai hubungan dengan pegawai penyiasat yang dilantik. Pelakon ini menjelaskan, pegawai tersebut hanya bergambar dengannya sebagai peminat.
Untuk makluman anda, Nooraida dan suaminya telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terhadap pegawai penyiasat berkenaan.
Pasangan ini juga menyatakan akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara berkenaan hasrat mereka untuk membuka semula kes tersebut.
Walaupun dilanda pelbagai kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan nama baiknya, Adi menegaskan layanannya terhadap peminat masih baik dan dia tetap akan membalas mesej-mesej mereka menerusi laman sosial Twitter serta Instagram tidak kira jantina.
No comments:
Post a Comment