Wednesday, 18 December 2013

Tumpang tangan putus di buku lali



Beijing: Doktor di Changsha berjaya mencantumkan tangan seorang lelaki yang terputus selepas menampalnya pada kaki mangsa selama sebulan.
Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu.

“Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital."
“Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya."

“Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung,” katanya.

Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar.

Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.

Bagaimanapun, mereka menampal tangan itu pada buku lalinya untuk mengelak pereputan.
“Kecederaan dialaminya serius kerana tangan itu bukan saja koyak malah penyek.

“Kami terpaksa membersihkan dan merawat kecederaannya sebelum menyambungkan semula tangannya itu,” kata seorang doktor yang merawatnya.

Kini, selepas hampir sebulan kejadian, Xiao sudah cukup sihat untuk menjalani pembedahan mencantumkan semula tangannya itu.

Walaupun dia masih memerlukan beberapa pembedahan lain, doktor yakin tangan itu mampu digunakan seperti sedia kala. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog