Tuesday, 17 December 2013

Perompak larikan wang RM290,920 guna Gas Oxy


SEBUAH daripada mesin ATM yang ditebuk tiga penjenayah dengan gas oxy-Acetylene sebelum melarikan wang RM270,920 di Kajang, Selangor semalam.


KAJANG – Tiga penjenayah bertindak berani apabila melarikan wang berjumlah RM270,920 daripada dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa menutup muka dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dekat Batu 9, Cheras di sini semalam.


Perbuatan suspek selama sejam bermula pukul 2.30 pagi itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan.


Pemeriksaan mendapati ketiga-tiga penjenayah itu menebuk dua buah mesin ATM yang terletak selang 15 meter setiap satu itu dengan menggunakan gas oxy-Acetylene.




sumber:Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog