Thursday, 19 December 2013

Kerana gila berjudi, ayah sebabkan 7 sekeluarga dikurung along

Foto
Akibat bapa berhutang dengan along kerana ketagih judi, tiga anak lelaki berusia 61 tahun itu, seorang menantu dan tiga cucunya yang masih kecil menjadi mangsa apabila along bertindak mengurung mereka dalam rumah dengan merantai besi mengunci pintu rumah di Segambut Muda, Kuala Lumpur.
Bapa berkenaan meninggalkan sekeping nota tertera nombor telefon dipercayai milik along serta jumlah hutang RM2,000 yang perlu dibayar sebelum menghilangkan diri bulan lalu, kerana bimbang diburu ceti haram berkenaan.

Isterinya, Chan Ah Lin, 55, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian pada 9 Disember lalu, itu jam 4 petang, selepas mendapat panggilan telefon daripada anak sulung memberitahu mereka sekeluarga diserang sekumpulan along yang datang ke rumah.
“Saya bergegas pulang ke rumah dan mendapati mereka tidak dapat keluar kerana pintu utama sudah dikunci daripada luar menggunakan rantai besi. Anak sulung memanjat keluar melalui tingkap dan berusaha membuka kunci mangga menggunakan tukul, namun gagal.

“Jiran yang mendengar bunyi bising ketukan datang ke rumah untuk membantu, namun gagal. Anak sulung saya kemudian ke kedai membeli gergaji untuk memotong rantai besi berkenaan,” katanya yang ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.

Menurut Ah Lin, anaknya menyedari mereka sekeluarga dikurung selepas menerima panggilan telefon daripada along memberitahu mereka sudah merantai pintu kerana gagal membayar hutang sejak pertengahan bulan lalu.
“Setiap kali along datang rumah, kami yang sengsara. Sejak 10 tahun lalu, hampir RM100,000 wang sudah dihabiskan untuk membantu melangsaikan hutang dia (suami) dengan ceti haram, namun hingga sekarang dia masih belum insaf.

“Hingga awal Disember ini, sudah tujuh ceti haram datang ke rumah mencarinya, manakala lebih 10 lagi sering menelefon kami sekeluarga. Kami tidak tahu ke mana dia menghilang kerana sejak aktif berjudi, dia jarang pulang ke rumah,” katanya.
Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil rundingan dengan along terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan sebahagian hutang lima daripada tujuh along tanpa mengambil kira sebarang bayaran faedah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog