Sunday, 15 December 2013

Aidil mengatakan tuntutan nafkah Rita tidak munasabah

Kini Rita dalam proses untuk menuntut nafkah untuk dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkongsian hidup bersama Aidil, namun tuntutan sebanyak RM5,392 itu dianggap tidak munasabah oleh Aidil.
rita rudainiAidil menganggap tuntutan nafkah RM5,392 sebulan daripada bekas isterinya, Rita Rudaini sebagai tidak munasabah. Di dalam tuntutannya, Rita Rudaini memohon belanja untuk 18 kotak susu, kos lampin pakai buang dan kos makanan untuk 2 orang anak mereka. Memberitahu tuntutan tersebut sebagai tidak munasabah, Aidil berkata:-
Jumlah kos susu tidak logik kerana anak-anak sudah makan makanan pejal dan permintaan itu di luar perbelanjaan mereka. Kos lampin pakai buang juga saya tidak setuju kerana anak sudah pandai ke tandas terutama yang sulung.
rita dan aidilRita juga turut menuntut kos percutian, alat mainan dan kos sewa rumah sebanyak RM1,500. Selain itu, Rita juga ada memohon kos perubatan sebanyak RM200 setiap bulan. Aidil ternyata tidak bersetuju dengan kesemua tuntutan ini. Terang Aidil:-
Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah. Saya ada mengirim cek bernilai RM3,000 kepada Rita namun tidak dituntut dan cek dikembali malah Rita enggan menerima bayaran nafkah melalui cek CIMB bertarikh 19 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog