Sunday, 15 December 2013

Lelaki mencuri untuk kucing-kucingnya







Seorang lelaki Jepun mencuri selama setahun lebih dan mendapat habuan sekitar £112,000 untuk memberi 120 kucing-kucingnya makanan yang mewah. Semua ini bukan kerana kepentingan sendirinya tetapi kerana mahu memberi kucing-kucingnya makan ayam dan ikan yang segar-segar.

Mamoru Demizu, 48 disyaki memecah masuk rumah-rumah untuk mencuri wang dan brang-barang perhiasan dalam 32 kejadian yang berasingan.
Dia memberitahu polis bahawa dia mencuri untuk mendapatkan wang untuk memberi makan kepada kawan-kawan kucingnya dan dia berbelanja sekurang-kurangnya 25000 yen sehari.

Katanya lagi dia paling bahagia jika dapat menggeselkan pipinya pada kucing-kucingnya

Demizu yang tidak bekerja membela seekor kucing di rumahnya di Bandar Izumi, barat Jepun dan 20 selebihnya di sebuah gudang berdekatan dengan rumahnya. Dia jugak turut memberi makan kepada lebih 100 ekor haiwan yang berkeliaran di taman perumahannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog