Thursday, 19 December 2013

Dira Abu Zahar tidak sedar hamil, keguguran

  • Dira Abu Zahar
 1 / 1 
Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar tidak sedar dirinya sedang hamil enam minggu dan mengalami keguguran pada awal bulan lalu. Meskipun kecewa dengan kejadian itu, Dira dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof tetap redha menerima ujian tersebut.

“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran dia,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.

Berkongsi cerita atas kejadian itu, Dira memberitahu ketika keguguran, dia sedang menjalani penggambaran di Terengganu.

“Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya berada di Terengganu untuk penggambaran dan saya fikir mahu selesaikan kerja saya terlebih dahulu.

“Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke klinik pakar untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran.

"Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk bekerja,” katanya.

Dira mengambil keputusan untuk berehat sebentar selepas tamat penggambaran drama, Aku Bukan Dia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog