Monday, 16 December 2013

Twitter menyatukan kembali patung beruang dengan pemiliknya



Seorang kanak-kanak perempuan kebingungan apabila memikirkan dia terpaksa meraikan perayaan Krismas tanpa patung beruang kesayangannya, tetapi berkat pertolongan beribu orang di laman web sosial kanak-kanak itu dapat kembali patung beruangnya.

 Seorang penumpang kereta api iaitu Lauren Bishop Vranch menjumpai sebuah patung beruang ‘sayang’ di atas tren East Coast di King’s Cross pada hari Jumaat yang lepas dan memulakan kempen di laman sosial Twitter untuk menemukan kembali patung beruang itu dengan pemiliknya.
 
Rayuannya di re-tweet beribu-ribu kali dan juga mendapat sambutan di beberapa laman web untuk barangan yang hilang termasuklah kumpulan di laman Facebook: Spotted: On the Train

Usaha itu dilakukan secara berterusan sehinggalah akhirnya gambar yang dimuat naik oleh Lauren itu dijumpai oleh Ben Simpson iaitu bapa kepada kanak-kanak yang telah kehilangan patung beruang itu.

Wow inilah kekuasaan internet dan masyarakat yang prihatin. Itu adalah patung anak saya Phoebe. Sepanjang minggu dia telah menangis dan saya telah menunjukkan gambar itu kepadanya dan dia berasa amat gembira sekali. Terima kasih semua!”

“Ia adalah satu lawatan yang mengejutkan ke London. Phoebe amat berbesar hati untuk disatukan semula dengan patungnya. Terima kasih sekali lagi kepada semua!”

Encik Simpson telah memuat naik dua gambar yang menunjukkan kegembiraan anak perempuannya dengan patung beruangnya di atas tren itu, beberapa minit sebelum dia menghilangkan patung itu.

Saya menjumpai makhluk kecil yang disayangi di tren East Coast di King’s Cross. Jum cari pemiliknya, Twitter!” kata Lauren Jumaat lepas, semasa dia membawa patung beruang itu ke Newcastle.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog