Monday, 16 December 2013

Isteri tikam suami 'kejam' dan 'kedekut'






Seorang wanita menyerah diri setelah mengaku menikam suami di Kaherah, Mesir. Wanita itu bertindak menikam suaminya yang ‘kejam’ semasa lelaki itu sedang nyenyak tidur.

Katanya semasa menyerah diri, dia menunggu suaminya tidur sebelum ke dapur mengambil pisau dan menikam suaminya yang sedang tidur berkali-kali.

Dia kemudiannya memanggil teksi dan membawanya ke hospital untuk diselamatkan, namun lelaki itu meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.

Menurut laporan akhbar, wanita itu mengaku perbuatannya kepada polis dengan memberikan alas an suaminya melarangnya untuk melawat keluarganya. 

Malah dia mengatakan suaminya itu seorang yang kedekut dan tidak pernah dan tidak mahu membelanjakan wang untuknya sepanjang tiga bulan perkahwinan mereka.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog