Namun seperti biasa setiap program televisyen pasti ada cacat celanya. Pada hujung minggu lalu, lawak kumpulan Boboi yang dilihat seperti menyindir menyebabkan salah seorang juri iaitu Nora Danish terasa hati. Kata Nora:
Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah. Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian.
Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya syangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah ‘otai’ dalam industri ini. Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu
Pada jumaat yang lepas, kumpulan pelawak Boboi telah membuat lawak yang menyindir mengenai juri-juri dan tentang ketidakpuas hatian mengenai keputusan mereka untuk menarik diri dari MLM 2013.
No comments:
Post a Comment