Thursday, 19 December 2013

Sekeluarga bakar diri sebagai bantahan rumah akan dirobohkan



Aksi membakar diri bukanlah sesuatu yang pelik. Ia mungkin sudah terlalu biasa bagi masyarakat dunia untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan protes terhadap sesuatu benda.

Sebuah keluarga di India yang terdiri dari Bharat Mansingh, Rekha, Asha, Vasumati, dan Girish Mansingh nekad membakar diri mereka sebagai tanda protes dan tidak puas hati terhadap keputusan pengusiran yang telah diambil kerana rumah mereka yang akan dirobohkan.

Dalam kejadian membakar diri ini, mangsa Bharat Mansingh mati di tempat kejadian kerana mengalami luka melecur serius ketika dirawat di Hospital Sakii di Kota Rajkot, India. Ahli keluarga yang lain iaitu Rekha, Asha, Vasumati, dan Girish hanya mengalami luka terbakar kecil.

Chotu Syarikat Nagar Cooperative Housing Society yang melakukan pengusiran. Syarikat itu sebenarnya tidak berniat untuk melakukan pengusiran terhadap keluarga ini.

Sebelum kejadian, keluarga Mansingh bergaduh dengan pihak chotu Nagar Cooperative Housing Society atas tempat tinggal keluarga itu. Keluarga Mansingh sudah tinggal lama di tanah itu jadi apabila diusir mereka tidak dapat menerima kenyataan.


Akibat persengketaan yang tidak menemui penyelesaian, tindakan membakar diri yang ekstrem telah diambil oleh keluarga itu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog