Polis menahan dua wanita yang dipercayai menculik dan menjual bayi perempuan berusia tujuh bulan dari rumah neneknya di Air Itam, Butterworthn pada Khamis lepas di stesen bas Butterworth.
Jurucakap polis berkata, dua wanita berusia 30-an itu ditahan pada 3.30 petang ini ketika baru sampai dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres.
"Polis berjaya mengesan mereka melalui talian telefon bimbit yang digunakan seorang daripada suspek tersebut berikutan wanita terbabit masih menggunakan nombor yang sama.
"Difahamkan wanita itu menggunakan nombor yang sama kerana mahu berhubung dengan pembeli bayi tersebut berikutan pembelinya masih berhutang dengan mereka," katanya di sini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang daripada wanita itu melarikan diri ke rumah suaminya di Negeri Sembilan bagaimanapun dipercayai pulang semula ke negeri itu bagi mengambil baki wang jualan bayi berkenaan. - Bernama
No comments:
Post a Comment