Friday, 20 December 2013

Bakar kawan kerana tiru kartun

                            
Beijing: Mahkamah China semalam memutuskan penerbit rancangan kartun popular patut dipersalahkan ekoran kecederaan dialami dua kanak-kanak yang diikat kawan mereka di pokok sebelum dibakar.
Media kerajaan melaporkan dua kanak-kanak itu diikat dan dibakar rakan mereka sebagai meniru aksi yang disiarkan dalam rancangan kartun itu.
Dua beradik berusia 7 dan 4 tahun dari Jiangsu melecur teruk pada April lalu selepas dibakar kawan mereka yang berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Shun Shun. Shun Shun mengaku melakukan demikian kerana meniru babak rancangan kartun “Xi Yangyang & Hui Tailang” atau “Kambing yang baik dan Serigala besar”, lapor agensi berita rasmi Xinhua. Mangsa yang berusia 7 tahun itu melecur 80 peratus di tubuhnya, manakala adiknya melecur sebanyak 40 peratus.
Siri kartun yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa itu memaparkan serigala yang memburu kambing dan cuba menghalangnya lari.
Babak disiarkan termasuk kambing itu dijerumuskan ke dalam air mendidih dan dikenakan kejutan elektrik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog