Monday, 16 December 2013

Lelaki bogel habiskan semalaman di dalam beg gitar selepas sesat






Seorang lelaki ditemui separuh bogel dan kebingungan setelah berjam-jam duduk di dalam beg gitarnya untuk memanaskan badan selepas jatuh ke dalam kolam ais semasa sesat.

Zackery Aders, 31 tahun sedang berjalan di trek 26 batu antara Gore dan Checotah di Oklahoma apabila tiba-tiba dia sesat.


Semasa dia sedang berjalan di atas sebuah kolam yang beku, permukaan kolam itu tiba-tiba retak dan pecah menyebabkan Aders terjatuh ke dalam kolam itu.


 Aders yang kesejukan terpaksa menanggalkan baju dan seluarnya yang basah lalu dia memanjat masuk ke dalam beg gitarnya untuk kekal panas. 

Seorang pemilik kebun berdekatan sedang memeriksa lembu-lembu peliharaannya apabila dia terjumpa dengan pemuda itu yang hanya dengan seluar pendeknya dan tidak mampu untuk berkata-kata kerana sejuk yang teramat setelah menghabiskan semalaman di dalam beg gitar itu. 

Aders kemudian diselamatkan dan dirawat di hospital tempatan sebelum dilepaskan dengan hanya mengalami kecederaan biasa.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog